Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Rabu, 5 Jun 2013

APA NAK JADI DENGAN IMPIANKU???,.

Aku tak tahu kenapa sejak akhir2 ini minda aku semakin membeku,.kalau datang idea pun hanya seciput saja selepas itu hotak aku terus jadi blurr,.kalau boleh semuanya aku nak siapkan dalam satu masa saja,.tamak punya manusia sebab itulah aku langsung tak boleh fokus,.ada dua novel dan satu cerpen yang menanti untuk aku tamatkan tapi tak tamat2 lagi bahkan masih di bab yang lemah,.masih intro belum masuk isi dan konflik lagi,..nak cipta konflik pun bukannya senang kot!,.huh,.semangat aku untuk menulis asyik merudum saja,.rasanya aku perlu keluar dari kepompong ni,..agaknya perlu bercuti ke mana2 kot,.ingat lagi cerpen 'orang gaji pecial part' cerpen yang aku hanya siapkan dalam masa dua hari setelah aku bercuti seminggu di selangor begitu juga dengan novel 'ejan mas sayang' aku dapat tamatkannya setelah aku balik bercuti dari selangor jugak,..nampak tak?,.aku memerlukan udara dari luar untuk meluaskan minda aku yang sempit ini,..aku perlukan cahaya matahari untuk mencairkan otak aku yang beku ini,..hmm,..


APA NAK JADI DENGAN IMPIANKU?,.

Soalan ini mengambarkan aku yang bernama szaza zaiman ini sedang dalam kekeliruan yang amat dan langsung tiada keyakinan diri,.aku jadi diri aku semula yang selalu putus asa bila berdepan dengan cabaran,buktinya dengan ini,..

.buktinya jiwa jadi kacau bila minda tak berfungsi,.ayat2 boring,.bosan dan yang sewaktu dengannya pun mulalah nak keluar,..

bila tengah bosan inilah satu2 kerja yang aku ada,..mengedit gambar mengikut naluri hati,..luahan perasaan yang sebenar-benarnya,.tapi,.selalunya dalam jiwa yang tertekan macam ni sempat jugak aku pujuk diri sendiri dengan ayat2 penawar jiwa,..huhu,..nak buat macam mana tiada siapa yang sudi memujuk jiwa dan hati ini,..hukhuk,..



dan seterusnya terciptalah video kisah hati ini,.boring tahap giler punya pasal la ni,..sat nak try upload,.



nilah kisah hatiku,.huhu,.kite merapu ja okey;)

Ahad, 26 Mei 2013

kisah donggengku



IMPIAN YANG SATU dalam dilema perasaann,.

Aku semakin tak yakin dengan diri sendiri untuk mengapai impianku,.tak tahu macam mana lagi nak aku gambarkan,.semangat untuk menulis ni sekejap ada sekejap tak ada,.banyak sangat kot halangannya,.dan sekarang rasanya dah hampir sebulan aku tak menulis,..maksud aku menghabiskan dua buah novel yang masih terbengkalai dan cerpen yang belum aku siapkan,.tiba-tiba otak aku blur tahap    
terataslah kiranya,..asal ngadap ja skrin ni aku langsung tak boleh nak berimaginasi lagi,.mungkin aku dapat bayangkannya dalam khayalan jalan ceritanya tapi bila ingin menaipkan bait-bait kata aku jadi hilang punca,..dari mana nak aku mulakannya,..aku buntu sangat-sangat,.blog ni pun dah lama juga aku tak update entry terbaru tapi hari ini aku terasa ingin meluahkan kegusaran di hati ini,.

seakan ingin aku luahkan semua yang terpendam di dada,..rasa kecewa dan harapan yang tak mungkin akan tercapai,..perlukah aku ubah cara hidupku sekarang ni menjadi diriku semula,..sebenarnya sejak aku arbortion kali yang ke sebelas aku hadapi masalah kejiwaan yang amat berat,..hihi,..ni dah macam kes sakit jiwa la plak,..adehh,..


apa yang membuatkan aku stress ialah bila setiap kali chek darah di hospital resultnya selalu negatif,..doktor cakap normal ja,..aku tiada sebarang masalah,.tapi bila berubat kampung,.hah!!!,.aku jadi semput nafas sampai satu tahap ada yang cakap aku ni dah macam ayam berak kapur,.grrr,..aku bingung sangat,..mana satu aku nak percaya ni,..perubatan kampung atau di hospital???,.

akhirnya aku terus berada dalam persimpangan dilema,.aku jadi seorang yang suka menyendiri,.aku malas nak berhadapan dengan masyarakat lagi,..aku kurungkan diri dalam rumah,..kerja aku hari-hari hanya mengadap internet dan membaca novel,..kalau aku jadi stress sangat dengan kehidupan aku,..aku ubah bahan bacaan,..dari baca novel aku cari pula yang berbentuk ilmiah dan motivasi,.kalau tak pun penulisan2ulah destinasi aku hari-hari,..ngadap saja cerpen online tu,..baca dan amati hasil karya orang lain,..kelakar dan sebagainya,..kadang-kadang jalan cerita yang tak seberapa tapi komen pula yang menarik minat aku untuk mengelengkan kepala berkali-kali,.hihi,..ada yang sangat kejam dalam memberi ulasan mereka,..seolah mereka berharap seorang penulis ini adalah insan yang sangat sempurna hingga dapat memberi kepuasan kepada semua pembaca,.bukan senang untuk menarik minat orang untuk membaca hasil karya kita sebenarnya,..jangan cakap orang lain aku sendiri pun memilih tajuk untuk membaca,..hehe,.

dalam kemelut kehidupan seharian ini kadang-kadang kita jadi terlalu banyak memikir,..macam aku kalau boleh semuanya aku nak buat tapi akhirnya satu pun aku tak buat,..kalau boleh semuanya aku nak capai termasuk capai bintang di langit biru,..tu diaaa,..gempak gilerr,..tapi hakikatnya nak capai apa pun tangan tetap tak sampai,..aku nak jadi isteri terbaik!!,..failed!!,..ibu terbaeekkk!!!,..thumb down!!,..nak jadi menantu terbaeekk!!,..jadi hantu adalah kot!,.ehemm,..nak jadi anak terbaekkk!!,.no komen!!,..


tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni,..lebih-lebih lagi aku ni,.banyak kurang dari lebihnya dari segi mental dan juga fizikal,..tapi,..mudahan takkan sampai tahap kritikal,.bahaya sangat kot!,.biar orang sudahlah cakap aku ni macam ayam berak kapur tapi kalau betul pun biarlah ALLAH yang tentukan semua itu,..rasanya nujum pak/mak belalng tak wujud kot di zaman siber ni sampai boleh tengok penyakit orang lain dalam mangkuk hikmat,..

impian yang satu sedang berhadapan dengan seribu satu dilema perasaan,.kenapa??,.kerana yang menyimpan impian ni jiwanya selalu sangat terganggu dengan seribu satu masalah ciptaannya sendiri,..macam yang aku update status dalam fb,.kalau boleh aku teringin nak jadi seorang yang tiada perasaan,..ingin jadi cool dan selamba dalam menghadapi apa saja situasi,.macam baby,.ketawa bila di agah,..menangis bila sakit dan lapar,..tidur bila dah ngantuk,..langsung tak fikir tentang masalah,.heh,..angan-angan memang langsung tak boleh di terima akal,.

dannn,..masalah yang paling ketara sekarang ni adalah setiap kali aku cuba berkongsi rasa menaipkan kata bicara mataku pun mula buat angkara lalu bersepakat dengan minda untuk meluputkan semua rasa,..kata mereka 'tidur lagi baikk'!!!,..hurmm,.trauma!,..




Sabtu, 27 April 2013

SIAPA AKU SUATU KETIKA DULU,..MENYESAL???

        Aku mula menulis sejak tahun 2006,.ketika itu aku hanya menulis dengan tangan,..eh sekarang pun menulis dengan tangan jugak cuma sekarang aku menaip.Berbeza dengan dulu aku guna pen dan buku,.mungkin takkan ada orang percaya aku dah siap buat riwayat hidup dengan menulis dengan pen lagi.Buku tebal pulak tu dan aku dah hampir siapkan satu skrip drama dalam sebuah buku.

       Dulu aku menulis puisi dan pantun.Mula menulis ni kerana ketika itu aku aktif ber'onair' di kedahfm.Bermula dengan rancangan RIMA setiap jam 6.00 ptg.Rancangan pantun yang di selang selikan dengan lagu irama melayu asli.Meriah masa tu,.aku yang penakut dan darah gemuruh ni pun boleh berani ber'onair' walau kalau di dengar betul-betul ada getar dalam nada suaraku,..haha,.
berani-berani takut beb,..ngee,.


        Permulaan aku menulis memang aku sendiri pun tak menduga demi minat aku sanggup menulis dengan pen,.ehh,..rasanya orang zaman dolo-dolo tulis guna apa ya??

       Tapi aku dulu panas baran dan mudah sangat putus asa.Bagi aku impian aku ni hanyalah khayalan semata-mata.Satu hari tu majikan suami aku suruh letakkan komputernya yang dah down tu dalam rumah.Aku yang rabun IT ni,..hihi bukan blind IT tau!,..tapi rabun IT,.syok sangat-sangat.Kali pertama aku belajar menaip maka bermulalah kisah dan impian aku sebagai penulis.Daripada menulis puisi dan pantun aku mula berjinak untuk menulis cerpen.Dah banyak juga cerpen yang berjaya aku siapkan walau pun taklah best mana pun,..hihi


       Okey!,.kisah aku baru bermula.Aku cuba jadikan impian aku satu kenyataan dengan terus meluangkan masa di hadapan komputer tapi nasib tidak menyebelahi aku.Aku baru nak mula menulis sebuah novel yang bertajuk 'setia kasih' dan komputer itu down lagi.Frust menonggeng aku kerana aku tahu impian aku takkan ke mana.


      Aku terus menyerah kalah.Aku tak ingat tahun bila aku mengamuk dan semua karya aku selamat aku hawing(buang) dalam sungai.Almaklumlah rumah akukan tepi sungai jadi biarlah karya dan impian aku tu terus hanyut ke laut ja.Hahaha,..betapa panas barannya aku.Aku rasa rendah diri yang teramat.Aku tahu sejak kecil apa saja yang aku nak tak pernah aku dapat,..siapalah aku ini?,..huhu,..sedeylah pulakk!!


       Kali pertama aku kenal facebook,..tak ingat pulak tahun bila tapi    bila dah ada fb aku selalu kongsi status merapu.Senuanya kalau boleh aku nak adu di fb walau aku tahu langsung tak ada rakan yang respon kalau ada pun rakan yang hanya kenal di dalam fb semata-mata.Yang aku kenal di alam nyata ni mana pernah tegur aku,..huhu,..sekali lagi!!,..aku sedarlah aku ni sapa!!! hihi


     Lama-lama aku fikir  balik,..dari aku merapu yang bukan-bukan lebih baik aku share aje puisi dan pantun.Selepas itu aku di add masuk ke group cerpen,sajak,puisi dan macam-macam lagi oleh uncle Hj Alti di dalm fb ni aku mula bergaul dengan orang bijak pandai selepas aku di add masuk ke dalam macam-macam group.

    TERIMA KASIH pada mereka yang menghargai bakat terendam aku ni,..kahkah,..bakatlah sangatkan!!!

     Bermulanya disini aku kembali aktif sebagai penulis fb yang langsung tak bertauliah.Haha,..terima kasih banyak-banyak pada semua yang memberi komen pada karya aku dan aku mula sedar aku langsung tak layak untuk menulis.Aku hanya berangan untuk mengapai impian tapi sampai sekarang aku malas untuk belajar untuk majukan diri.Kalau ada cikgu bahasa malaysia yang baca karya aku tentu karya aku kena pangkah di awal ayat lagi,..tatabahasa k.o semuanya.Dah banyak kali kot cikgu Hashimah Hashim dan uncle Hj Alti tu tegur aku tapi aku tetap buat kesalahan yang sama,aku nikan pelupa ya amat,nyanyukkkk!!!


            Bermula dengan fb aku berkenalan pulak dengan blog,.kali pertama update blog memang macam orang gelong,haih!!,apa yang aku buat ni,.malas nak ceta dah asal blog first aku,.malu kot!!,.hahaha,
dan bila dah ada blog barulah aku mula nak  menghargai setiap karya aku.Biarlah tak ada orang nak hargai karya aku tapi aku tak harus putus asa.


        Aku nak berjanji dengan diri aku,.biar aku di kutuk dan di kata apa saja aku tak mahu lagi putus asa,.impianku dan harapanku biarlah terus aku gapai biarpun kejayaannya taklah segah mana.

       AKU YANG BERNAMA,.



                      SZAZA    ZAIMAN


Selasa, 23 April 2013

KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN







Aku sengaja upload bunga senduduk ni kerana ada nostalgia yg ingin aku kongsi bersama.

Alkisahnya tahun 1992 macam tu,aku form 5 time ni,3 hari 3 malam kami bertapa di Sek SMY.Ada kursus Kecemerlangan pelajar,Masa kami buat group kami dapat penyelia lelaki namanya Encik Shaharom,kebetulan kawan baik aku masa tu Shaharom juga tapi perempuan la.Masa sesi suai kenal aku tengok muka kawan aku ni dah semacam,Yalah kalau dah nama sama dgn penyelia tapi berlain jantina tentulah dia segan.Aku senyum saja melihat gelagat dia tu tapi bukan tu yg aku nak köngsi sebenarnya,ceta ni sekadar pembuka kata ja,hehe

Dalam masa yg lain pula penyelia kami ni minta kami pilih nama bunga yg bermula dgn huruf 'S',dan kumpulan kami memilih nama bunga Senduduk.Ada sorang tu dari kumpulan lain bangun dan cakap tak pernah dengar nama bunga senduduk.Ekeleh...berlagaknya walhal bukan aku tak tahu jalan dia pergi balik sekolah tu ada pokok senduduk.Aku tahu la sebab masa form 2 aku selalu lepak rumah kak Jun jalan belakang sekolah tu.Jalan yang sama kawan kami ni lalu hari-hari..tiba-tiba rindu
plak aku kat kak Jun.Apa habaq dia agaknya,.hehe.
Okey sambung ceta balik, aku ni kalau dalam kelas pendiam sikit dah tu lembik plak tapi bila dengar kawan kami ni yg tak tahu bunga senduduk aku tiba-tiba jadi berapi,terus ja aku bangun dan memberi penerangan pasal bunga senduduk ni.Cewahh...hahaha,tengok tu geram punya pasal tiba-tiba jadi semangat semacam ja,tapi walau apa pun kursus tu meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri aku yg sebelum ni sentiasa rasa rendah diri.Baru aku tahu yg kita semua serupa.Kita adalah hamba pada Yang SATU.
Maaflah! Aku sengaja tulis nama dalam pic ni mana la tau kot-kot ada lagi yg tak kenal bunga senduduk.Ada lagi ka? Cer like!!!
Hahaha..sekian.Terima Kasih pada yg sudi baca kisah aku ni..Waaa..aku rindu la zaman sekolah!:-D —

Jumaat, 12 April 2013

IMPIAN DAN KENANGAN DI MANA AKU BERMULA,..



                 Aku tak ingin berputus asa dari terus berjuang,apa ada pada usia,selagi kudratku dan mindaku masih berfungsi aku akan teruskan usaha ini dan akan terus berfikiran positif.
              Aku akui kadang-kadang aku ingin mengaku kalah tapi aku terlupa aku pernah jatuh dan seringkali setiap kali aku jatuh tiada siapa yang memimpin aku untuk bangun.Hanya aku yang berusaha sendiri untuk bangun berdiri,bertatih dan meneruskan langkah sendiri perlahan-lahan.
            Dimana mereka- yang mengaku menyanyangiku? Ada! tapi semuanya hanya memandang tanpa membantu,maksud aku membantu aku untuk terus maju untuk mengapai impianku yang satu ini.Untuk bergelar seorang NOVELIS,..giler betul angan-angan aku ini,layakkah aku??

        Persoalan yang sering hadir dalam mindaku,layakkah aku untuk bergelar seorang novelis dalam usia aku ini.Aku mungkin masih mampu menulis tapi aku tak yakin aku mampu menulis sebaik orang lain,..apa yang pasti novel  aku yang disiarkan di penulisan2u seolah tidak mendapat sambutan yang mengalakkan,..dah banyak kot cerpen yang aku hantar tapi ternyata yang disiarkan hanya satu sedangkan yang lagi  empat ke mana ditempatkannya,adehh,..terlalu banyak sangat ke aku hantar sekaligus? Mungkin sebab itu telah direject kot?? or tak pun tak bertepatan dengan permintaan admin,persoalan yang sering hadir.Banyak sangat persoalannya,.

       Sebelum cerpen aku masuk ke penulisan2u aku dapati selang lima hari selepas itu sudah ada cerpen baru yang diterbitkan tapi bila cerpen aku masuk dah hampir sebulan masih cerpen yang sama,..aku dah mula trauma,..ingat lagi bila aku aktiv di kedahfm dulu dalam rancangan Sudut Seni bersama dj Khatijah Ismail cerpen pertama aku yang terpilih bertajuk DERHAKA,minggu seterusnya tau-tau rancangan itu sudah ditamatkan.


     Rancangan baru pula bersama Dj Ice dan Dj  Danial (nama betul Raja Azhar Lutfi dan Rasyid Jali) rancangan luahan bicara hati,time tu aku belum pandai pasal tnet ni lagi,email pun belum ada jadi aku main pos saja.Sekali aku pos banyak juga puisi yang aku pos,..hahaha,memang kerja gila bila dalam satu malam tu ada dua tiga puisi aku sudah dibaca oleh dj berdua yang teramat romantik tu,..mereka gunakan nama yang berlainan,aku yang sedang mendengar mereka onair pun menahan gelak bila salah satu puisi aku itu dinamakan sebagai kiriman ibu montel yang tinggal di pulau song-song,..walahwehh,..pulau song-song mana ada orang tinggal tapi tu la sebelum mereka membacakan puisi aku tu mereka menghubungi aku terlebih dahulu,..masa tu dj danial @ rasyid jali yang cakap dengan aku,..aku cakap ikut sukalah,..hurmm,..kenangan manis aku dengan radio kedahfm,..dah lama kot aku tak onair,..rindu sangat dengan dj2 ni lebih-lebih lagi dengan mak ngah Shatirah,..luv you mak ngah,..hihi,..mengediklah pulakkk!!


  Dalam banyak-banyak aktiviti aku menulis ni kali pertama aku dapat duit bila menyumbangkan 10 rangkap pantun di kedahfm melalui dj Che Dah,..aku pun terkejut jugak,..ingatkan saja-saja ja lagi pun aku menulis pun untuk suka-suka ja,..dah minat akukan,..nak menulis pantun time otak tak blurr kacang ja kot,..hihi,..kacanglah sangatkan,..



DJ MAK  NGAH SHATIRAH
DGN MAK WAN
SALAH SEORANG SAHABAT
KDHFM

                  Nak tulis apa lagi ni,bila dah muat naik gambar ni tiba-tiba terus hilang idea untuk mengarang,sebenarnya gambar ni aku download dari fb salah seorang sahabat kedahfm,..entah kenapa bila berbicara mengenai kenangan beronair di radio kedahfm aku jadi rindu pulak dengan mereka semua,..okey aku dah malas nak menaip panjang-panjang aku ingat nak upload ja gambar-gambar dj kedahfm yang aku simpan ni,..miss you all dj-dj kedahfm,..

DJ SYAHIDA

DJ AZFARAWAHIDA
DAH KENA TUKAR KE
LANGKAWIFM

DUA ORANG NI KALAU
MASUK KONTI BERDUA
MEMANG PECAH KONTI
DJ RIZAL & DJ FAIZAL

DJ FARIDAH MANSOR
DJ FAIZAL

DJ ICE DGN
KAK MELATI DESA

SAHABAT-SAHABAT KEDAHFM
AKU TAK KENAL SANGAT
DUA ORANG JA KOT YG AKU KENAL
AIMAN TAK KISAH
DGN
HOT DJ

RINDU PLAK DENGAN KAK SUE MERBUK
APA KHABAR DIA SEKARANG,..HURM,..DALAM GAMBAR NI AKU
KENAL MELATI DESA,KAK SUE
N MAK WAN TAMAN AMAN,..
RINDU BANGAT WEHH,..

WAHHH,..GAMBAR NI DJ ICE JADI SELEBRITI
TAPI SAYANG AKU TAK SEMPAT NAK CILOK GAMBAR DJ DANIAL YANG SEKEPALA DENGAN
DJ ICE NI,..HIHI


SETAKAT INILAH SAJA UNTUK HARI NI,..MULA-MULA
NAK CAKAP PASAL IMPIAN TAPI BILA DAH TERSEBUT KEDAHFM RINDU PULA DEKAT MEREKA SEMUA,..HARAP TAK KENA SAMANLAH BILA DAH UPLOAD GAMBAR NI,..
BERANI-BERANI TAKUT JA NI,..HUHU



Kenangan terindah kenangan bersama,Bersama ke udara ketawa ceria,Lama sudah tak dengar berita,Harap semua dalam bahagia.








































































































































handsomenya dj ice,.haha,..kat luar negeri lagi
ni,.agaknya dj ice memang suka dengan warna merah ea?,hihi,..

























tak payah nak perkenalkanlah,.gambar ni aku curik dari fb mutiara jun,..tu ha,..dah siap nama kat atas gambar tu,.dj sya dengan dj sue,.comeykan?;)




dj ni aku tak berpeluang lagi nak tengok dia berdepan tapi rasanya ini dj nazri nasir,..kalau salah maap noo,..yang kat belakang tu mestilah sahabat2 kedahfm,..ni mungkin hari terbuka di kedahfm,.











hah!!,.inilah dia pasangan bahagia,mutiara jun dengan iwan kuew teow,..watak mereka ada jugak dalam novel pertama aku yang masih belum jadi novel tu,..novel ejan mas sayangm,,entah bilalah akan di bukukan,..jangan2 bakal jadi pekasam ja,..haha,.







yang ni sahabat kedahfm jugak tapi aku selalu lupa la nama dia,nak tulis nama dia pun aku takut salah eja la plak,.dia ni antara rakan fb aku jugak,..




sepat ronggeng dengan anak dia aku rasa,..hihi nama sepat ni cuma nama samaran di kedahfm ja,..nama
betul dia siti nurbaya jaafar,.kenal dalam fb ja ni,..tapi kalau aku chatting dgn dia dalam fb macam dah
kenal sepuluh tahun,..hihi,..memang terbaekkk la!

ni zetty alieya ariesya,..fullamak nama
kena tabik ar tapi yang ni aku tak tau plak sahabat kedahfm
atau pekerja di rtm tapi dia ni
yang aku tau memang ada kaitan dengan rtm juga,.