Aku mula menulis sejak tahun 2006,.ketika itu aku hanya menulis dengan tangan,..eh sekarang pun menulis dengan tangan jugak cuma sekarang aku menaip.Berbeza dengan dulu aku guna pen dan buku,.mungkin takkan ada orang percaya aku dah siap buat riwayat hidup dengan menulis dengan pen lagi.Buku tebal pulak tu dan aku dah hampir siapkan satu skrip drama dalam sebuah buku.
Dulu aku menulis puisi dan pantun.Mula menulis ni kerana ketika itu aku aktif ber'onair' di kedahfm.Bermula dengan rancangan RIMA setiap jam 6.00 ptg.Rancangan pantun yang di selang selikan dengan lagu irama melayu asli.Meriah masa tu,.aku yang penakut dan darah gemuruh ni pun boleh berani ber'onair' walau kalau di dengar betul-betul ada getar dalam nada suaraku,..haha,.
berani-berani takut beb,..ngee,.
Permulaan aku menulis memang aku sendiri pun tak menduga demi minat aku sanggup menulis dengan pen,.ehh,..rasanya orang zaman dolo-dolo tulis guna apa ya??
Tapi aku dulu panas baran dan mudah sangat putus asa.Bagi aku impian aku ni hanyalah khayalan semata-mata.Satu hari tu majikan suami aku suruh letakkan komputernya yang dah down tu dalam rumah.Aku yang rabun IT ni,..hihi bukan blind IT tau!,..tapi rabun IT,.syok sangat-sangat.Kali pertama aku belajar menaip maka bermulalah kisah dan impian aku sebagai penulis.Daripada menulis puisi dan pantun aku mula berjinak untuk menulis cerpen.Dah banyak juga cerpen yang berjaya aku siapkan walau pun taklah best mana pun,..hihi
Okey!,.kisah aku baru bermula.Aku cuba jadikan impian aku satu kenyataan dengan terus meluangkan masa di hadapan komputer tapi nasib tidak menyebelahi aku.Aku baru nak mula menulis sebuah novel yang bertajuk 'setia kasih' dan komputer itu down lagi.Frust menonggeng aku kerana aku tahu impian aku takkan ke mana.
Aku terus menyerah kalah.Aku tak ingat tahun bila aku mengamuk dan semua karya aku selamat aku hawing(buang) dalam sungai.Almaklumlah rumah akukan tepi sungai jadi biarlah karya dan impian aku tu terus hanyut ke laut ja.Hahaha,..betapa panas barannya aku.Aku rasa rendah diri yang teramat.Aku tahu sejak kecil apa saja yang aku nak tak pernah aku dapat,..siapalah aku ini?,..huhu,..sedeylah pulakk!!
Kali pertama aku kenal facebook,..tak ingat pulak tahun bila tapi bila dah ada fb aku selalu kongsi status merapu.Senuanya kalau boleh aku nak adu di fb walau aku tahu langsung tak ada rakan yang respon kalau ada pun rakan yang hanya kenal di dalam fb semata-mata.Yang aku kenal di alam nyata ni mana pernah tegur aku,..huhu,..sekali lagi!!,..aku sedarlah aku ni sapa!!! hihi
Lama-lama aku fikir balik,..dari aku merapu yang bukan-bukan lebih baik aku share aje puisi dan pantun.Selepas itu aku di add masuk ke group cerpen,sajak,puisi dan macam-macam lagi oleh uncle Hj Alti di dalm fb ni aku mula bergaul dengan orang bijak pandai selepas aku di add masuk ke dalam macam-macam group.
TERIMA KASIH pada mereka yang menghargai bakat terendam aku ni,..kahkah,..bakatlah sangatkan!!!
Bermulanya disini aku kembali aktif sebagai penulis fb yang langsung tak bertauliah.Haha,..terima kasih banyak-banyak pada semua yang memberi komen pada karya aku dan aku mula sedar aku langsung tak layak untuk menulis.Aku hanya berangan untuk mengapai impian tapi sampai sekarang aku malas untuk belajar untuk majukan diri.Kalau ada cikgu bahasa malaysia yang baca karya aku tentu karya aku kena pangkah di awal ayat lagi,..tatabahasa k.o semuanya.Dah banyak kali kot cikgu Hashimah Hashim dan uncle Hj Alti tu tegur aku tapi aku tetap buat kesalahan yang sama,aku nikan pelupa ya amat,nyanyukkkk!!!
Bermula dengan fb aku berkenalan pulak dengan blog,.kali pertama update blog memang macam orang gelong,haih!!,apa yang aku buat ni,.malas nak ceta dah asal blog first aku,.malu kot!!,.hahaha,
dan bila dah ada blog barulah aku mula nak menghargai setiap karya aku.Biarlah tak ada orang nak hargai karya aku tapi aku tak harus putus asa.
Aku nak berjanji dengan diri aku,.biar aku di kutuk dan di kata apa saja aku tak mahu lagi putus asa,.impianku dan harapanku biarlah terus aku gapai biarpun kejayaannya taklah segah mana.
AKU YANG BERNAMA,.
SZAZA ZAIMAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.