Selasa, 23 April 2013
KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN
Aku sengaja upload bunga senduduk ni kerana ada nostalgia yg ingin aku kongsi bersama.
Alkisahnya tahun 1992 macam tu,aku form 5 time ni,3 hari 3 malam kami bertapa di Sek SMY.Ada kursus Kecemerlangan pelajar,Masa kami buat group kami dapat penyelia lelaki namanya Encik Shaharom,kebetulan kawan baik aku masa tu Shaharom juga tapi perempuan la.Masa sesi suai kenal aku tengok muka kawan aku ni dah semacam,Yalah kalau dah nama sama dgn penyelia tapi berlain jantina tentulah dia segan.Aku senyum saja melihat gelagat dia tu tapi bukan tu yg aku nak köngsi sebenarnya,ceta ni sekadar pembuka kata ja,hehe
Dalam masa yg lain pula penyelia kami ni minta kami pilih nama bunga yg bermula dgn huruf 'S',dan kumpulan kami memilih nama bunga Senduduk.Ada sorang tu dari kumpulan lain bangun dan cakap tak pernah dengar nama bunga senduduk.Ekeleh...berlagaknya walhal bukan aku tak tahu jalan dia pergi balik sekolah tu ada pokok senduduk.Aku tahu la sebab masa form 2 aku selalu lepak rumah kak Jun jalan belakang sekolah tu.Jalan yang sama kawan kami ni lalu hari-hari..tiba-tiba rindu
plak aku kat kak Jun.Apa habaq dia agaknya,.hehe.
Okey sambung ceta balik, aku ni kalau dalam kelas pendiam sikit dah tu lembik plak tapi bila dengar kawan kami ni yg tak tahu bunga senduduk aku tiba-tiba jadi berapi,terus ja aku bangun dan memberi penerangan pasal bunga senduduk ni.Cewahh...hahaha,tengok tu geram punya pasal tiba-tiba jadi semangat semacam ja,tapi walau apa pun kursus tu meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri aku yg sebelum ni sentiasa rasa rendah diri.Baru aku tahu yg kita semua serupa.Kita adalah hamba pada Yang SATU.
Maaflah! Aku sengaja tulis nama dalam pic ni mana la tau kot-kot ada lagi yg tak kenal bunga senduduk.Ada lagi ka? Cer like!!!
Hahaha..sekian.Terima Kasih pada yg sudi baca kisah aku ni..Waaa..aku rindu la zaman sekolah!:-D —
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.