Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Sabtu, 20 Februari 2016

Lepas Penulisan2u, Aku serbu Ilham Karangkraf pula.

Assalamualaikum semua..

Amboih tajuk, serbu tu. Jangan dibuat main. Semuanya hasil cadangan seorang rakan facebook yang juga merupakan follower blog aku. Hurm..lama juga aku tak membicarakan perihal Impian Yang Satu ini. Sudah lama blog ini sunyi sepikan?

IMPIAN YANG SATU..aku mengorak langkah lagi. Selepas Penulisan2u terus sunyi sepi, kini aku beralih arah pula di Ilham Karangkraf. Sekadar mencuba nasib walaupun aku tahu tatabahasa aku masih lagi hancoq. Aku masih tak dapat nak membezakan lagi di mana harus aku letak pada dan kepada dan begitu juga dari dan daripada. Walaupun aku dah pinjam buku Tatabahasa my doughter, tapi aku masih pening lagi. Baru buka mukasurat pertama aku sudah menguap. Aku cuba pula mencari Dewan Bahasa & Pustaka dalam internet. Semakin pening kepala aku membaca apa yang dipaparkan di depan mata.

Bercerita mengenai Ilham Karangkraf, aku cukup tertarik dengan konsep yang diketengahkan. Kalau di Penulisan2u admin yang akan menyiarkan karya kita di sana tapi di Ilham Karangkraf kita hanya perlu mejadi ahli dan mengikuti setiap syarat yang dinyatakan. Aku pada mulanya sudah melakukan kesilapan.

Kali pertama adalah pengalaman dan guru untuk melangkah ke destinasi yang seterusnya. Aku tak tahu sejak bila aku mula ramah dan tak pernah malu bertanya. Sungguh, aku tak perasan bila. Dulu, hidup aku terlalu tertutup kerana aku sentiasa rasa rendah diri. Kini.. aku dah tak peduli dengan siapa aku berchatting di dalam internet.Tak kiralah dia itu seorang yang berpangkat tinggi atau rendah. Aku akan tegur kalau aku rasa perlu menegur. Tapi, kalau kali pertama menegur dan teguran aku dianggap sebagai halimunan, aku takkan tegur untuk kali kedua. Itu adalah prinsip aku. Untuk apa terus bertempek kepada orang yang tak sudi?

Bila menceburi bidang penulisan, aku rasa aku juga perlu bergaul dengan penulis. Tak kiralah penulis yang baru naik atau sudah ada nama. Aku tak nafikan dikalangan penulis juga ada sikap suka sindir menyindir tapi dalam nisbah 10:1..dan sembilan orang dari sepuluh itu rasanya boleh dibuat kawan dan boleh meminta tunjuk ajar. Ada ramai yang tak lokek ilmu tapi ramai juga yang bakhil ilmu. Siapa tu? Entahlah! Aku tak jumpa lagi pun. Hihi...tapi yang baik hati dan sudi menghulurkan bantuan saat aku memerlukan tu, aku dah jumpa. Terbaik! Selalulah berhati murni macam tu, mungkin orang yang dibantu akan lupa tapi Allah takkan sesekali melupakan kebaikan kita tu.

  Impian Yang Satu adakah akan menjadi kenyataan suatu hari nanti? Akan tercapaikah impianku untuk bergelar seorang penulis?

 Aku tak pasti. Tapi, aku sudah bahagia kalau masih ada yang sudi membaca setiap karyaku walaupun hanya dalam blogku ini.

 Terima Kasih buat semua pembaca yang telah menyokong aku dalam diam dan memberi aku kekutan untuk terus berkarya.

You all the best!