Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Jumaat, 12 April 2013

IMPIAN DAN KENANGAN DI MANA AKU BERMULA,..



                 Aku tak ingin berputus asa dari terus berjuang,apa ada pada usia,selagi kudratku dan mindaku masih berfungsi aku akan teruskan usaha ini dan akan terus berfikiran positif.
              Aku akui kadang-kadang aku ingin mengaku kalah tapi aku terlupa aku pernah jatuh dan seringkali setiap kali aku jatuh tiada siapa yang memimpin aku untuk bangun.Hanya aku yang berusaha sendiri untuk bangun berdiri,bertatih dan meneruskan langkah sendiri perlahan-lahan.
            Dimana mereka- yang mengaku menyanyangiku? Ada! tapi semuanya hanya memandang tanpa membantu,maksud aku membantu aku untuk terus maju untuk mengapai impianku yang satu ini.Untuk bergelar seorang NOVELIS,..giler betul angan-angan aku ini,layakkah aku??

        Persoalan yang sering hadir dalam mindaku,layakkah aku untuk bergelar seorang novelis dalam usia aku ini.Aku mungkin masih mampu menulis tapi aku tak yakin aku mampu menulis sebaik orang lain,..apa yang pasti novel  aku yang disiarkan di penulisan2u seolah tidak mendapat sambutan yang mengalakkan,..dah banyak kot cerpen yang aku hantar tapi ternyata yang disiarkan hanya satu sedangkan yang lagi  empat ke mana ditempatkannya,adehh,..terlalu banyak sangat ke aku hantar sekaligus? Mungkin sebab itu telah direject kot?? or tak pun tak bertepatan dengan permintaan admin,persoalan yang sering hadir.Banyak sangat persoalannya,.

       Sebelum cerpen aku masuk ke penulisan2u aku dapati selang lima hari selepas itu sudah ada cerpen baru yang diterbitkan tapi bila cerpen aku masuk dah hampir sebulan masih cerpen yang sama,..aku dah mula trauma,..ingat lagi bila aku aktiv di kedahfm dulu dalam rancangan Sudut Seni bersama dj Khatijah Ismail cerpen pertama aku yang terpilih bertajuk DERHAKA,minggu seterusnya tau-tau rancangan itu sudah ditamatkan.


     Rancangan baru pula bersama Dj Ice dan Dj  Danial (nama betul Raja Azhar Lutfi dan Rasyid Jali) rancangan luahan bicara hati,time tu aku belum pandai pasal tnet ni lagi,email pun belum ada jadi aku main pos saja.Sekali aku pos banyak juga puisi yang aku pos,..hahaha,memang kerja gila bila dalam satu malam tu ada dua tiga puisi aku sudah dibaca oleh dj berdua yang teramat romantik tu,..mereka gunakan nama yang berlainan,aku yang sedang mendengar mereka onair pun menahan gelak bila salah satu puisi aku itu dinamakan sebagai kiriman ibu montel yang tinggal di pulau song-song,..walahwehh,..pulau song-song mana ada orang tinggal tapi tu la sebelum mereka membacakan puisi aku tu mereka menghubungi aku terlebih dahulu,..masa tu dj danial @ rasyid jali yang cakap dengan aku,..aku cakap ikut sukalah,..hurmm,..kenangan manis aku dengan radio kedahfm,..dah lama kot aku tak onair,..rindu sangat dengan dj2 ni lebih-lebih lagi dengan mak ngah Shatirah,..luv you mak ngah,..hihi,..mengediklah pulakkk!!


  Dalam banyak-banyak aktiviti aku menulis ni kali pertama aku dapat duit bila menyumbangkan 10 rangkap pantun di kedahfm melalui dj Che Dah,..aku pun terkejut jugak,..ingatkan saja-saja ja lagi pun aku menulis pun untuk suka-suka ja,..dah minat akukan,..nak menulis pantun time otak tak blurr kacang ja kot,..hihi,..kacanglah sangatkan,..



DJ MAK  NGAH SHATIRAH
DGN MAK WAN
SALAH SEORANG SAHABAT
KDHFM

                  Nak tulis apa lagi ni,bila dah muat naik gambar ni tiba-tiba terus hilang idea untuk mengarang,sebenarnya gambar ni aku download dari fb salah seorang sahabat kedahfm,..entah kenapa bila berbicara mengenai kenangan beronair di radio kedahfm aku jadi rindu pulak dengan mereka semua,..okey aku dah malas nak menaip panjang-panjang aku ingat nak upload ja gambar-gambar dj kedahfm yang aku simpan ni,..miss you all dj-dj kedahfm,..

DJ SYAHIDA

DJ AZFARAWAHIDA
DAH KENA TUKAR KE
LANGKAWIFM

DUA ORANG NI KALAU
MASUK KONTI BERDUA
MEMANG PECAH KONTI
DJ RIZAL & DJ FAIZAL

DJ FARIDAH MANSOR
DJ FAIZAL

DJ ICE DGN
KAK MELATI DESA

SAHABAT-SAHABAT KEDAHFM
AKU TAK KENAL SANGAT
DUA ORANG JA KOT YG AKU KENAL
AIMAN TAK KISAH
DGN
HOT DJ

RINDU PLAK DENGAN KAK SUE MERBUK
APA KHABAR DIA SEKARANG,..HURM,..DALAM GAMBAR NI AKU
KENAL MELATI DESA,KAK SUE
N MAK WAN TAMAN AMAN,..
RINDU BANGAT WEHH,..

WAHHH,..GAMBAR NI DJ ICE JADI SELEBRITI
TAPI SAYANG AKU TAK SEMPAT NAK CILOK GAMBAR DJ DANIAL YANG SEKEPALA DENGAN
DJ ICE NI,..HIHI


SETAKAT INILAH SAJA UNTUK HARI NI,..MULA-MULA
NAK CAKAP PASAL IMPIAN TAPI BILA DAH TERSEBUT KEDAHFM RINDU PULA DEKAT MEREKA SEMUA,..HARAP TAK KENA SAMANLAH BILA DAH UPLOAD GAMBAR NI,..
BERANI-BERANI TAKUT JA NI,..HUHU



Kenangan terindah kenangan bersama,Bersama ke udara ketawa ceria,Lama sudah tak dengar berita,Harap semua dalam bahagia.








































































































































handsomenya dj ice,.haha,..kat luar negeri lagi
ni,.agaknya dj ice memang suka dengan warna merah ea?,hihi,..

























tak payah nak perkenalkanlah,.gambar ni aku curik dari fb mutiara jun,..tu ha,..dah siap nama kat atas gambar tu,.dj sya dengan dj sue,.comeykan?;)




dj ni aku tak berpeluang lagi nak tengok dia berdepan tapi rasanya ini dj nazri nasir,..kalau salah maap noo,..yang kat belakang tu mestilah sahabat2 kedahfm,..ni mungkin hari terbuka di kedahfm,.











hah!!,.inilah dia pasangan bahagia,mutiara jun dengan iwan kuew teow,..watak mereka ada jugak dalam novel pertama aku yang masih belum jadi novel tu,..novel ejan mas sayangm,,entah bilalah akan di bukukan,..jangan2 bakal jadi pekasam ja,..haha,.







yang ni sahabat kedahfm jugak tapi aku selalu lupa la nama dia,nak tulis nama dia pun aku takut salah eja la plak,.dia ni antara rakan fb aku jugak,..




sepat ronggeng dengan anak dia aku rasa,..hihi nama sepat ni cuma nama samaran di kedahfm ja,..nama
betul dia siti nurbaya jaafar,.kenal dalam fb ja ni,..tapi kalau aku chatting dgn dia dalam fb macam dah
kenal sepuluh tahun,..hihi,..memang terbaekkk la!

ni zetty alieya ariesya,..fullamak nama
kena tabik ar tapi yang ni aku tak tau plak sahabat kedahfm
atau pekerja di rtm tapi dia ni
yang aku tau memang ada kaitan dengan rtm juga,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.