Aku berjaya akhirnya menamatkan sebuah novel walaupun aku sendiri tak yakin layakkah cerita kampung aku tu di panggil novel,
sebenarnya ketika aku mula menceburi bidang ni tiada kaum keluarga yang menyokong,kata mereka aku hanya membuang masa di depan internet tanpa menghiraukan orang lain,macam2 yang aku dengar tapi aku selalu pekakkan telinga,nasib baik suami aku sikit memahami minat aku ini tapi ada sikit rasa kecewa pada sesetengah pihak yang menyokong,.aduh sakit hati aku bila mereka menyokong kerana duit bukan melihat pada minat aku,kata mereka kalau aku buat novel mesti bakal dapat royalti,.terluka sangat jiwaku ini,,apa ada pada duit yang banyak kalau hati tak bahagia,aku nak mereka sokong aku kerana minat aku yang berkobar2 nak buktikan aku ni mampu seperti orang lain,.
hurm,,begitulah lumrahnya manusia,bagi aku bila aku dah berjaya siapkan novel tu apa yanga ku rasa adalah ketakutan,takut kalau aku melakukan kesilapan dan hasil karya aku tak di terima,,,tapi aku tak kisah kalau di kritik kerana kritikan akan membuat aku lebih bersemangat untuk terus menulis dan cuba memperbaiki kesilapan tapi aku tak suka bila ada yang nak menghina karya aku dan kesungguhan aku untuk terus berkarya,,siapa mereka untuk menilai aku dan hasil karyaku,hmm hanya orang yang ada PHD saja yang akan berkata yang bukan2kan?
hari ini aku cuba pula untuk menulis cerpen kedua,sudah banyak hari aku berfikir plot dan jalan cerita yang bagaimana pula yanga harus aku lakarkan agar menepati cita rasa pembaca tapi ternyata aku amat buntu jadi aku search kat google untuk cari maklumat,aku jumpa satu blog ni,blog SASTERA namanya tapi apa yang aku baca semakin memeningkan kepala,mungkin aku memerlukan ketenangan untuk memahaminya,,jadi aku copy and paste saya dan di simpan ke dalam folder,ada masa terluang nanti pasti aku akan baca semula,,10 tip untuk menghasilkan novel,,cantik sangat tajuknya tu,,
cerita inilah yang akan aku jadikan novel kedua aku nanti,, |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.