Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Rabu, 27 Mac 2013

IMPIANKU AKAN TERCAPAIKAH?




Sudah banyak hari tak update blog ni,sibuk bercutilah katakan,menjelajah sakan ke rumah adik beradik,,,kalau setakat di sabak bernam dan teluk intan tu lebih kurang macam kampung halaman aku jugak walau aku tak di lahirkan di sana,,

okey sekarang kembali pada topik asal aku nak tulis pagi ni mengenai impian dan harapan aku untuk bergelar seorang penulis,,,mampukah aku atau layakkah aku untuk mengapainya??

bila aku berada di penulisan2u dan membaca hasil karya  orang lain aku terasa betapa kerdilnya aku,,rata-rata penulisnya berpendidikan tinggi sedangkan aku langsung tak boleh bersandar pada pendidikan untuk aku berbangga,,pengalaman? lagilah aku tak boleh berbangga,,pengalaman apa sangat yang aku ada,,

kalau nak di fikirkan aku memulakan segalanya dengan kosongnya dada dan jiwa juga minda kerana aku hanya ada imaginasi semata-mata untuk aku garapkan menjadi sebuah novel atau cerpen,,,sekarang ni aku sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan novel  pertama aku,,,haihh,,,sukarnya untuk menamatkan cerita itu kerana aku buntu untuk mencari jalan penyudahnya dengan kata lain aku tak tahu bagaimana harus aku tamatkannya,,aku sudah letih memerah minda berfikir,,penamat apa yang akan mampu membuatkan orang tidak merasa bosan membacanya dan apakah yang perlu aku tulis untuk tidak membuatkan orang marah di akhir cerita,,,


novel pertama aku ni baru saja di siarkan di penulisan2u dalam  siri novel online baru saja bab 4 di siarkan,,aku tak tahu sama ada bakal jadi buku atau pun tidak,bila dah di siarkan baru aku perasaan banyak ejaan yang salah,,adeh,,,rasa macam nak tutup aja muka aku dengan kuali,,malunya,,,,,huhu

ejan mas sayang,,itulah tajuk novel aku,,aku ambil nama rakan fbku,,kalau nak di nilai memang langsung tak mendapat sambutan entah kerana apa,adakah pembaca membaca kerana tajuk atau apa sebenarnya,,mungkin kerana tajuknya tak menarik minat atau jalan cerita atau pun loghat kedah yang aku guna,,ceritanya memang sempoi saja kot,,,kisah gadis tomboy dengan cinta dan kehidupannya,,sebenarnya aku sendiri tak yakin dengan karya aku sendiri kerana aku baru nak mencuba      
memanjakan diri berimaginasi sesuatu yang tak pernah aku lalui,,bukan senang tu sampaikan macam mana nak tamatkannya pun aku masih teraba-raba lagi,,adehhh,,poning den nihh,,mungkin lepas update ni aku akan bakal dapat idea kot,,mudahanlahh,








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.