Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Isnin, 4 Mac 2013

ANGAN-ANGAN ATAU CITA-CITA




WELCOME  T MY

BLOG


KEINGINAN dan angan-angan terus berligar dalam mindaku,harusnya aku bagaimana,suka atau derita dengan segalanya ini,aku tak yakin aku boleh merealisasikan cita-citaku itu,,,,

Ibaratnya kelam menanti malam dan tiada jalan untuk aku selusurinya lagi,sangat sukar kerana banyaknya duri yang menghalang di jalanan,,

Haruskah aku teruskan angan-anganku ini walau ku tahu ianya takkan terlaksana,aku sendiri tiada keyakinan itu,untuk terus melangkah merentasi onak dan duri yang menghalang,,,

Kelihatannya sangat indah dan mudah,hakikatnya aku nyaris mengangkat bendera menyerah kalah,mungkin aku lemah dan tak berdaya kerana aku sedar diri ini bukannya ada benda untuk aku banggakan,,

Memikir dan berfikir caranya untuk aku terus melangkah lebih laju lagi namun semua itu tak mungkin lagi ku rasai,kerana jurangnya sangat dalam untuk aku langkahi,aku tak berani untuk terus menerjah jurang itu,aku dihambat sendu dalam diam,,,



Indahnya mekar mawar ini,namun mekarnya di dalam kelam dan suram latarnya,,cantik dan indah namun tiada keceriaan di situ,mudah merungkai kata namun sukar merungkai derita dan terima segalanya dengan rasa teruja,,

Angan-angan itu akan musnah juga suatu hari nanti kerana yang didamba takkan tiba,bukan meneka dalam kesamaran,ini semua adalah kenyataan,,bukan kecewa walau masih terasa,,,

Aku harus kuat untuk terus kalah,walau tak rela,aku harus terimanya,hanya DIA saja yang tahu di sebaliknya,hanya DIA yang tahu isi hati ini,,




Bagaikan ada biasan di balik kaca,indah dan menawan warnanya namun semua itu hanya dusta ibarat bibit tersenyum hati menangis hiba,dilihat indah namun hanya biasan kaca semata,,,

Hari ini aku menyerah lagi walau hati meronta untuk terus mencuba,aku yakin aku boleh,namun semuanya untuk seketika,ku seka air mata kerana aku terus terluka,,

AKU KALAH,,
AKU REDHA SEADANYA,


                                                                   SZAZA ZAIMAN









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.