Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Jumaat, 29 Mac 2013

TAMAT SUDAH NOVEL PERTAMA



Aku berjaya akhirnya menamatkan sebuah novel walaupun aku sendiri tak yakin layakkah cerita kampung aku tu di panggil novel,

sebenarnya ketika aku mula menceburi bidang ni tiada kaum keluarga yang menyokong,kata mereka aku hanya membuang masa di depan internet tanpa menghiraukan orang lain,macam2 yang aku dengar tapi aku selalu pekakkan telinga,nasib baik suami aku sikit memahami minat aku ini tapi ada sikit rasa kecewa pada sesetengah pihak yang menyokong,.aduh sakit hati aku bila mereka menyokong kerana duit bukan melihat pada minat aku,kata mereka kalau aku  buat novel mesti bakal dapat royalti,.terluka sangat jiwaku ini,,apa ada pada duit yang banyak kalau hati tak bahagia,aku nak mereka sokong aku  kerana minat aku yang berkobar2 nak buktikan aku ni mampu seperti orang lain,.

hurm,,begitulah lumrahnya manusia,bagi aku bila aku dah berjaya siapkan novel tu apa yanga ku rasa adalah ketakutan,takut kalau aku melakukan kesilapan dan hasil karya aku tak di terima,,,tapi aku tak kisah kalau di kritik kerana kritikan akan membuat aku lebih bersemangat untuk terus menulis dan cuba memperbaiki kesilapan tapi aku tak suka bila ada yang nak menghina karya aku dan kesungguhan aku untuk terus berkarya,,siapa mereka untuk menilai aku dan hasil karyaku,hmm hanya orang yang ada PHD saja yang akan berkata yang bukan2kan?


hari ini aku cuba pula untuk  menulis cerpen kedua,sudah banyak hari aku berfikir plot dan jalan cerita yang bagaimana pula yanga harus aku lakarkan agar menepati cita rasa pembaca tapi ternyata aku amat buntu jadi aku search kat google untuk cari maklumat,aku jumpa satu blog ni,blog SASTERA namanya tapi apa yang aku baca semakin memeningkan kepala,mungkin aku memerlukan ketenangan untuk memahaminya,,jadi aku copy and paste saya dan di simpan ke dalam folder,ada masa terluang nanti pasti aku akan baca semula,,10 tip untuk menghasilkan novel,,cantik sangat tajuknya tu,,



cerita inilah yang akan
aku jadikan
novel kedua aku nanti,,

Rabu, 27 Mac 2013

IMPIANKU AKAN TERCAPAIKAH?




Sudah banyak hari tak update blog ni,sibuk bercutilah katakan,menjelajah sakan ke rumah adik beradik,,,kalau setakat di sabak bernam dan teluk intan tu lebih kurang macam kampung halaman aku jugak walau aku tak di lahirkan di sana,,

okey sekarang kembali pada topik asal aku nak tulis pagi ni mengenai impian dan harapan aku untuk bergelar seorang penulis,,,mampukah aku atau layakkah aku untuk mengapainya??

bila aku berada di penulisan2u dan membaca hasil karya  orang lain aku terasa betapa kerdilnya aku,,rata-rata penulisnya berpendidikan tinggi sedangkan aku langsung tak boleh bersandar pada pendidikan untuk aku berbangga,,pengalaman? lagilah aku tak boleh berbangga,,pengalaman apa sangat yang aku ada,,

kalau nak di fikirkan aku memulakan segalanya dengan kosongnya dada dan jiwa juga minda kerana aku hanya ada imaginasi semata-mata untuk aku garapkan menjadi sebuah novel atau cerpen,,,sekarang ni aku sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan novel  pertama aku,,,haihh,,,sukarnya untuk menamatkan cerita itu kerana aku buntu untuk mencari jalan penyudahnya dengan kata lain aku tak tahu bagaimana harus aku tamatkannya,,aku sudah letih memerah minda berfikir,,penamat apa yang akan mampu membuatkan orang tidak merasa bosan membacanya dan apakah yang perlu aku tulis untuk tidak membuatkan orang marah di akhir cerita,,,


novel pertama aku ni baru saja di siarkan di penulisan2u dalam  siri novel online baru saja bab 4 di siarkan,,aku tak tahu sama ada bakal jadi buku atau pun tidak,bila dah di siarkan baru aku perasaan banyak ejaan yang salah,,adeh,,,rasa macam nak tutup aja muka aku dengan kuali,,malunya,,,,,huhu

ejan mas sayang,,itulah tajuk novel aku,,aku ambil nama rakan fbku,,kalau nak di nilai memang langsung tak mendapat sambutan entah kerana apa,adakah pembaca membaca kerana tajuk atau apa sebenarnya,,mungkin kerana tajuknya tak menarik minat atau jalan cerita atau pun loghat kedah yang aku guna,,ceritanya memang sempoi saja kot,,,kisah gadis tomboy dengan cinta dan kehidupannya,,sebenarnya aku sendiri tak yakin dengan karya aku sendiri kerana aku baru nak mencuba      
memanjakan diri berimaginasi sesuatu yang tak pernah aku lalui,,bukan senang tu sampaikan macam mana nak tamatkannya pun aku masih teraba-raba lagi,,adehhh,,poning den nihh,,mungkin lepas update ni aku akan bakal dapat idea kot,,mudahanlahh,








Isnin, 4 Mac 2013

ANGAN-ANGAN ATAU CITA-CITA




WELCOME  T MY

BLOG


KEINGINAN dan angan-angan terus berligar dalam mindaku,harusnya aku bagaimana,suka atau derita dengan segalanya ini,aku tak yakin aku boleh merealisasikan cita-citaku itu,,,,

Ibaratnya kelam menanti malam dan tiada jalan untuk aku selusurinya lagi,sangat sukar kerana banyaknya duri yang menghalang di jalanan,,

Haruskah aku teruskan angan-anganku ini walau ku tahu ianya takkan terlaksana,aku sendiri tiada keyakinan itu,untuk terus melangkah merentasi onak dan duri yang menghalang,,,

Kelihatannya sangat indah dan mudah,hakikatnya aku nyaris mengangkat bendera menyerah kalah,mungkin aku lemah dan tak berdaya kerana aku sedar diri ini bukannya ada benda untuk aku banggakan,,

Memikir dan berfikir caranya untuk aku terus melangkah lebih laju lagi namun semua itu tak mungkin lagi ku rasai,kerana jurangnya sangat dalam untuk aku langkahi,aku tak berani untuk terus menerjah jurang itu,aku dihambat sendu dalam diam,,,



Indahnya mekar mawar ini,namun mekarnya di dalam kelam dan suram latarnya,,cantik dan indah namun tiada keceriaan di situ,mudah merungkai kata namun sukar merungkai derita dan terima segalanya dengan rasa teruja,,

Angan-angan itu akan musnah juga suatu hari nanti kerana yang didamba takkan tiba,bukan meneka dalam kesamaran,ini semua adalah kenyataan,,bukan kecewa walau masih terasa,,,

Aku harus kuat untuk terus kalah,walau tak rela,aku harus terimanya,hanya DIA saja yang tahu di sebaliknya,hanya DIA yang tahu isi hati ini,,




Bagaikan ada biasan di balik kaca,indah dan menawan warnanya namun semua itu hanya dusta ibarat bibit tersenyum hati menangis hiba,dilihat indah namun hanya biasan kaca semata,,,

Hari ini aku menyerah lagi walau hati meronta untuk terus mencuba,aku yakin aku boleh,namun semuanya untuk seketika,ku seka air mata kerana aku terus terluka,,

AKU KALAH,,
AKU REDHA SEADANYA,


                                                                   SZAZA ZAIMAN