Selagi karyaku tak dibukukan aku belum boleh digelar penulis,.sekadar penulis online yang hanya terperuk di rumah,apalah maknanya,.Novel ni cuma ada 31 bab,.mungkin terlalu pendek untuk dipanggil novel,.kadang-kadang macam nak putus asa saja,.biarlah tak dibukukan terus,andai usiaku masih panjang bila ada rezeki suatu hari nanti aku cari saja mana-mana syarikat pencetak dan minta mereka cetak novel tu sebagai koleksi peribadi,.hihi,.terdesak sangatlah tu!
Walau apa pun aku cuba juga untuk terus mengejar impianku untuk menjadi seorang penulis melalui setiap cerpen2ku,.samada cerpen aku mendapat sambutan ataupun tidak,.biarlah!,.yang penting aku boleh terus bebas dan bahagia,.
Novel Ejan Mas Sayang dah banyak kali aku edit,bila aku chek balik masih ada kesalahan ejaan,.aku jadi hairan,.fikir punya fikir rupanya aku pernah edit yg aku simpan dalam pendrive,.bila nak simpan karya baru aku delete satu folder dan masukkan semula,.letih sangat bila sesekali buat perangai gelong mcm tu,.haih,.takkan pernah selesailah reja aku,.
http://www.penulisan2u.my/tag/ejan-mas-sayang/ novel Ejan Mas Sayang yang telah diterbitkan diblog Penulisan2u,.hanya 15 bab,.memang ejaan yg amat kacau bila,.dah bertahun berhenti sekolah,.duduk rumah makan dan tidur,.bila tiba2 punya keinginan untuk mengejar impian semula minda memang tak bersedia dengan ilmu pengetahuan,.bila menyedari kesilapan tu aku tak berpeluk tubuh,aku buat research balik,.setiap kali aku membaca,aku akan perhatikan ejaannya terutama perkataan 'di' harus dijauhkan atau didekatkan,.aku semak kamus diInternet,.
dicucukkan di rambut atau di belakang telinga.dipakai di belakang telinga..dijadikan ,di taman ,di kepala,dijadikn,Setem ada dijual di yg di atas terdapat di bawah, yg di depan ,dilalaikn,ditinggalkn, ditinggalkn, di laut , di sungai atau di paya. di Balai di Riau . di antara ,di tengah,dikerjakan . di Ipoh.
di situdi tempat itu: Tadi dia ada di
di sinidi tempat ini: dijual .
di tempat
di sini, dijual di , di rumah , di mana ,di rumah, dijaga , diurus,ditumpangkan , dibawa, dikirim , di dahan,di atas kepala , di tempat , dipasang di dlm .di pelabuhan.
1 duduk atau bertinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll).Kamus dilihat di bawah mikroskop. di celah ~ di dlm bukunya. di celah-celah. disisipkan, di pinggangnya. disisipkan , di rumah , di tempat , di dahan,di dahan. di atas, di bawah , ditakhtakan , di sesuatu , di universiti, di pejabat
di tengah,di bahagian
di sisi,di sebelah , di hadapan di atas , di kalangan ,dilengkapi ,di mana-mana di dunia ,di rumah. di sini. di satu , di tempat , di tanah , di paya dan digunakan , ditanam di ruang atau di celah-celah , ditanam. di kepala , di belakang di bahu , di leher.
Tahukah anda apa itu kata nama majmuk?
Kalau nak tahu, kata nama majmuk ni sebenarnya dua atau lebih kata dasar yang apabila dirangkaikan membawa makna tertentu. Dua kata dasar ini MESTI DIJARAKKAN. Contohnya:
guru besar
rukun tetangga
tengah hari
urus setia
atur cara
balai raya
kertas kerja
temu duga
deria rasa
cari gali
temu bual
cakar ayam
anak emas
bulan madu
buku lima
terima kasih
ulang kaji
temu ramah
reka bentuk
rumah tangga
surat khabar
ibu bapa
kuat kuasa
hak milik
segi empat tepat
Namun, ada beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai SATU PERKATAAN. Contohnya:
antarabangsa
pesuruhjaya
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
warganegara
olahraga
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
matahari
Jadi, kata majmuk mana yang sepatutnya dijarakkan tetapi anda rapatkan? Dan kata majmuk mana yang seharusnya dirapatkan tetapi anda jarakkan?
Jangan ulangi kesilapan lagi. Betulkan yang biasa, biasakanlah yang betul.
enis tanda baca:
Tanda koma (,)
Tanda noktah/titik (.)
Tanda pisah (-)
Tanda sempang (-)
Tanda elipsis (...)
Tanda titik bertindih (:)
Tanda koma bertitik (;)
Tanda soal (?)
Tanda seru (!)
Tanda petik (" ")
Tanda petik tunggal (' ')
Fungsi tanda koma (,)
Unsur pemisah.
Selepas kata hubung seperti: oleh itu, jadi, maka, malah, walau bagaimanapun dan sebagainya.
Memisahkan ayat petikan.
Fungsi noktah/titik (.)
Di akhir setiap ayat lengkap.
Kependekan nama.
Sebagai tanda perluluhan atau pecahan.
Memisahkan angka ringgit dan sen.
Fungsi tanda pisah (-)
Menggantikan perkataan 'hingga'. Sebelum dan selepas tanda (-) perlu dilangkau.
Fungsi tanda sempang (-)
Menunjukkan kata ganda. Contohnya: rakan-rakan, gunung-ganang, lauk-pauk dan sebagainya.
Fungsi tanda elipsis (...)
Menandakan hentian sebentar. Tidak boleh lebih daripada tiga (3) tanda noktah.
Fungsi tanda titik bertindih (:)
Subjudul daripada judul utama. Contohnya: Epidemik T: Manusia Makin Pupus
Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. Contohnya: Surah al-Baqarah 2:29 (bermaksud surah 2, ayat 29)
Menunjukkan nisbah.
Fungsi tanda koma bertitik (;)
Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam satu ayat.
Fungsi tanda soal (?)
Untuk menyatakan soalan.
Fungsi tanda seru (!)
Penegasan.
Menjerit.
Fungsi tanda petik (" ")
Dialog.
Fungsi tanda petik tunggal (' ')
Untuk judul.
Ayat atau perkataan yang dirujuk.
Ayat atau perkataan yang mempunyai dua makna (menyindir)
Contoh kesalahan tanda baca dalam ayat:
Dia sekadar memandangku. Mengamatiku dengan tajam.
" Saya dah katakan pada awak. Jadi jangan ganggu saya! "
Oleh sebab itu Faizah tidak mahu bertandang ke rumah Johan lagi.
"Hai Abang Leman."
Dia conteng kereta saya...?? Lelaki itu sudah melampau!!!!
"Hmm..., saya ada hal nak beritahu awak."
"Datin saya datang ni sebab nak jumpa dengan Hisham."
Mata Jamilah terbeliak apabila mendengar rahsia Dila . Sungguh tidak disangka !
"Tak payahlah Kamil. Aku boleh balik sendiri dengan adik aku Fuad."
Habis baju - bajunya bersepah dikerjakan kakaknya yang mengamuk.
"Apa??? Dia tu dah gila ke???"
Alhamdulillah....... akhirnya Yati sampai ke tempat yang dituju.
"Wah! Sedapnya kek ni."
Nana ketawa kecil.Lucu kata-kata Zamri tadi.
"Berapa hari dia bercuti."
Aku memandang wajahnya... dengan pandangan tajam...
"Man. Kawan kau tunggu kat luar tu.."
Dadaku berdebar-debar...fikiranku pula runsing.
"Jangan berlagak. Pergilah balik. "
"Mana pergi semua orang ni ? Sejak tadi tidak nampak sesiapa di sini..,"
* Kesalahan tanda baca ditanda dengan garisan.
'Aku' ialah kata ganti diri pertama. 'Ku' pula kata ganti singkat untuk 'aku'.
Persoalannya, adakah perkataan 'ku' dijarakkan dari perkataan lain sepertimana perkataan 'aku'?
Jawapannya:
A. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA KERJA. Contohnya:
kuberi
kutolak
kubaca
kuserah
kucari
kucerita
kusentuh
kumohon
kubonceng
kubawa
B. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN jika diikuti oleh BUKAN KATA KERJA. Contohnya:
ku agak
ku biar
ku yakin
ku bahagia
ku ingin
ku lupa
ku mahu
ku cinta
ku rindu
ku ikhlas
C. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA SIFAT yang berimbuhan 'i' dan 'kan'. Contohnya:
kuingini
kuingati
kurindui
kucintai
kuyakini
kumahukan
kulupakan
kuragukan
kusukakan
kurasakan
D. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN dengan perkataan sebelumnya jika bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
hatiku
cintaku
milikku
duniaku
harapanku
keyakinanku
untukku
tanggungjawabku
perasaanku
ibuku
E. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN dengan perkataan sebelumnya jika bukan bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
biar ku
ingin ku
langsung ku
mungkin ku
hingga ku
dapat ku
terus ku
seketika ku
sukar ku
boleh ku
NOTA:
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ganti diri 'kau' juga sama prinsipnya seperti 'ku' kerana merupakan kata ganti singkat untuk 'engkau'. Namun, GBK ada house style tersendiri yang membiarkan perkataan 'kau' dijarakkan dengan mana-mana perkataan sama ada sebelum atau selepasnya.
Izza Aripin
Kata Sendi Nama 'di' dijarakkan apabila digunakan utk menyatakan tempat dan arah. Cth: Ejan sedang duduk termenung DI pinggir sungai
tetapi tdk boleh digunakan utk MASA dan WAKTU. Cth: Di waktu hatinya sedang marah (SALAH). Pada waktu hatinya sedang marah (BETUL)
Aku simpan semua teguran,.aku copy & paste semua maklumat,.tak apakan belajar dari kesilapan,.sebelum ni aku main tulis tanpa mengambil kira kesalahan ejaan dan sebagainya.Sekarang baru aku tahu tersalah SATU PERKATAAN kita pasti akan dihentam.
INGAT!!!! Jangan buat kesilapan yg sama berulangkali Ingatan ini khas untuk diri sendiri hihihi,..
Apa ada pada kenangan? Padaku kenangan memberi seribu erti dalam memulakan sebuah kisah.Keluarga kami dulu selalu berpindah randah.Aku tak tahu penyebabnya,yang aku tahu emak dan ayahku bertemu jodoh di Kampung Megat Dewa Jitra,Kedah.Kami kemudiannya berpindah pula ke Kampung Rambai di Tokai Kedah,dari Tokai berpindah lagi ke Kampung Beda Siam,Sedaka Yan Kedah.Aku anak ke lapan juga merupakan anak bongsu dilahirkan di Kampung Paya Mengkuang di Gurun Kedah.Ketika umur aku 5 atau 6 tahun kami berpindah lagi ke Kampung Sungai Kerang di Teluk Intan Perak.
Aku mula menjejakkan kaki di alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi,Teluk Intan Perak.Tahun 1982 mak aku meninggal kerana mengidap barah.Aku tak pasti barah apa kerana ketika itu aku baru berusia 7 tahun.Yang tak dapat aku lupa bila melihat jenazah mak yang sudah kaku.Perut mak ada tanda hijau kebiruan.Kakak aku cakap barah mak sudah pecah dan menyebabkan kematian mak.Ya Allah!,tentu mak sangat terseksa melawan kesakitannya sebelum ini.Mak seorang wanita yang sangat tabah.Aku tak pernah pun mendengar mak merungut.Entahlah,aku masih terlalu kecil ketika itu untuk memahami erti sebuah kehidupan.
Selepas mak meninggal ayah kahwin lagi.Mak tiri aku nama mak Bedah.Dia bawa dua orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan.Mak tiri mungkin tak pernah mendera kami tapi aku dan anak perempuan mak tiri aku selalu bergaduh.Tali pun boleh menjadi punca kami bergaduh.Kami sama umur.Masing-masing baru berusia 7 tahun.Bila aku ingat balik terasa lucu pulak.Betapa bodohnya bila difikirkan balik.Inilah kenangan yang takkan mungkin berulang kembali.
Hujung tahun 1982 ayah menghantar aku untuk tinggal di rumah salah seorang kakakku di Yan Kedah.Biar pun di sini bukan kampung kelahiranku aku boleh diibaratkan seperti orang balik kampung halaman.Tak jauh sangat kot Yan dengan Gurun tempat kelahiranku.Kakakku yang ini mempunyai dua orang anak lelaki.Kami kadang-kadang ibarat musuh.Kalau bab bergaduh usah cakaplah,selalu sangat dan selalunya akulah mangsa yang akan kalah.Menangis saja kerja aku.Dah nasib badan!
Tahun 1992,aku sudah berada di tingkatan lima.Sebelum mengambil peperiksaan SPM sekolah aku mengadakan Kursus Kecemerlangan Pelajar untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5.Aku salah seorang dari pelajar yang menyertainya.Sekolah Menengah Yan namanya ketika itu,meninggalkan banyak memori zaman remaja untukku.Tiga hari dua malam Kursus ini berlangsung.Bermacam-macam dugaan yang aku tempuhi sepanjang tiga hari tinggal di sekolah.Yang paling tak boleh aku lupa bila penyelia kami Encik Shaharom memperkenalkan diri.Aku mempunyai kawan baik yang juga bernama Shaharom yang turut berada dalam kumpulan kami.Aku tersenyum memerhatikan wajah kelat Shaharom ketika Encik Shaharom memperkenalkan diri.Nama yang sama tapi berlainan jantina.Rindu pula aku pada kawan baikku itu.
Ketika kami disoal seorang demi seorang apa cita-cita kami,aku memberitahu aku ingin menjadi penulis.Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti kenapa jawapan itu yang aku beri.Sejak sekolah rendah cita-citaku hanya untuk menjadi guru.Macam mana pula boleh berubah arah dalam sekelip mata.Hailah mulut!,.ikut sedap jer nak keluar.
''Tak apa saya akan ikuti perkembangan kamu semua,'' encik Shaharom memberitahu kami.Aku hanya membisu.Mampukah aku menjadi seorang penulis? Aku bertanya di dalam hati.
Selepas peperiksaan SPM aku bekerja di kedai makan di Simpang Empat Kangkong,Alor Setar Kedah hinggalah keluar keputusan SPM.Nasib ternyata tak memihak padaku selepas mengambil keputusan SPM.Aku mendapat keputusan yang agak mengecewakan,namun aku masih menerima surat untuk melanjutkan pelajaran.Nak melanjutkan pelajaran memang jauh panggang dari api.Abang ipar aku tak mampu untuk terus menyekolahkan aku.Ketika aku ambil SRP sebelum ni pun aku sudah tidak dibenarkan naik ke tingkatan 4,walaupun keputusan SRP aku agak memuaskan.Aku yang berdegil dan menangis untuk naik ke tingkatan 4 jugak lalu
terus menyambung hingga tingkatan 5.
Tahun 1993,aku mula bekerja di kilang Sony Mega.Aku ditempatkan di asrama Teratak Mega,Taman Alma Jaya 2,Bukit Mertajam.Asrama ni ada 4 blok.Setiap blok ada 7 buah rumah yang bersambung dan setiap rumah ada 6 bilik.Sebuah bilik ada 4 orang.Ini bermakna sebuah rumah ada 24 orang yang datang dari perbagai negeri.Ada yang datang dari Kedah,Pahang,Perak,Kelantan,Terengganu.Memang meriah sangat dengan pelbagai loghat.Kalau satu Malaysia dah berkumpul dalam sebuah rumah beginilah jadinya.
Aku ditempatkan di rumah B6.Ketika mula bekerja aku sebilik dengan pekerja lain yang berasal dari Kedah,hinggalah masa terus berlalu dan rakan-rakan sebilik pun silih berganti.Tiga tahun aku bekerja sampailah masanya aku menamatkan zaman bujangku.Aku bertunang dalam usia 19 tahun dengan pemuda sekampung yang berusia 28 tahun.Kami bernikah pada 23 oktober 1995 ketika aku berusia 20 tahun.Ini bermakna kami bertunang setahun.
Selepas mendapat status sebagai isteri aku terus berhenti kerja.Aku pulang dan tinggal di kampung sedangkan suami aku masih tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawannya di Sungai Petani.Lapan bulan juga kami hidup terpisah.Suamiku hanya akan pulang seminggu atau dua minggu sekali untuk berjumpa denganku.Bila aku masih belum ada tanda-tanda untuk mengandung sudah terdengar usikan-usikan dari orang kampung yang mengatakan aku 'kemuruk'.Aku hanya membisu tanpa kata.Sesungguhnya selagi manusia mampu bersuara mereka akan terus menilai orang sesuka hati.Biarkanlah mereka! Aku pujuk diri sendiri.
Masa terus berlalu,aku akhirnya disahkan mengandung anak sulung,namun Allah terus menguji kami.Empat bulan kandunganku aku keguguran.Tiga bulan seterusnya aku mengandung lagi.Bahagia tak terkata bila kandunganku kali ini selamat dilahirkan pada 22 oktober 1997,sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2.Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan yang paling bermakna dalam hidup kami kerana dia merupakan satu-satunya zuriat kami yang hidup di dunia ini.Selepas kelahiran anak perempuan kami ini aku keguguran terus.Keguguran yang terakhir pada bulan febuari 2012.Keguguran kali yang ke 11.Namun begitu disebalik keguguran aku ada juga orang kampung yang tergamak mengatakan aku ini mandul.Aku maafkan orang itu kerana dia mungkin tak tahu apa maksud mandul yang sebenarnya.
Tahun 2013,aku mula mengorak langkah untuk meneruskan cita-citaku yang tidak sengaja aku ungkapkan.Cita-citaku untuk menjadi seorang penulis.Aku mula membuka blog pada 14 februari 2013.Aku mula updatekan karyaku yang tidak seberapa diblogku.Aku mula berjinak dengan cerpen dan novel.Aku juga menulis puisi dan pantun.Inilah duniaku selepas aku diuji dan terus diuji dengan pelbagai dugaan.Walaupun penat dan lelah menempuhi segala onak dan duri aku tak mahu terus mengalah dengan mudah.Insyaa Allah selagi aku terus bernafas aku akan kejar impian yang baru ku semai ini menjadi reality.Tolong doakan aku untuk terus menaiki tangga kejayaan hingga ke puncaknya.Aku baru menyemai benih kejayaan ini,mudahan takkan ada musibah yang akan meranapkannya hingga hasilnya sudah berjaya ku tuai.Aamin.
Kita tidak pernah menduga apa yang bakal kita hadapi di hari muka.Bagi aku pahit dan manis kehidupanku yang telah aku tempuh dulu kini menjadi sumber inspirasiku untuk menulis.Aku adukkan setiap karyaku antara realiti dan imaginasi.Jangan merungut jika diuji kerana kenangan itu akan jadi lebih beerti bila kita mengingatinya lagi.Aku dan kenangan akan terus aku abadikan dalam mindaku,andainya perlu akanku lakarkan ia menjadi sebuah kisah.Biar masa terus berlalu namun jejak langkah yang kita tinggalkan jangan terus kita padam semuanya.Barangkali ada diantaranya yang akan berguna untuk kita menuju puncak jaya.
Kadang-kadang kita tak sangka pun sesuatu yg kita ingat biasa2 tp luar biasa untuk orang lain,.kalau tak percaya jom baca komen2 untuk kisah cinta orang miskin Szaza dengan Haris ni,.tapi rasanya ada lagi dua komen yg mls nak salin,.heee,,
23.11.2013 9.11am
Tarikh diterbitkan 14.11.2013
Jumlah Bacaan 9,253
1.Nur_Ain says:Best,.kelakar sangat cerita ni,sakit perut ketawa,.Good job writer :D
2.Anymous says: Hahaa,.serius lawak!!! Tak berhenti gelak sampai kakak aku tegur,.''Apa yg lawak sangat tu?'' keep it up.Thumb up to u.Best.
3.Es says: Tahniah cik writer! Antara semua cerpen2 yg sy baca baru2 ini cerpen awklah yg tak ada title anak datolah,anak tan srilah,.anak org kayalah,..mmg betul2 real,.Tahniah sy ucapkan kerana berani mengungkapkan 'kerealitian' itu.
4.momo says; sgt2 comey cik writer,.cerpen ni tak membosankan,.teruskan usaha anda.
5.veth says; aww,.so the bery best,.i setuju la dengan statement ''ES'' di atas bahawa cerpen ni lain dari yg lain,takde watak org2 kaya,sekali sekala para writer buat cerpen mcm ni kan best,.tapi watak szaza tu memang sempoi gila,.boleh pulak tya soalan bonus dengan cik abg dia,..hahaha,..
6.obat penyakit jantung says; kisah yg cukup menarik kita dpt belajar dari cerita ni.
7.wiendha says;i'm indonesian but i like short story melayu very much,.banyak sudah sy baca cerpen2 melayu,baru kali ni baca cerpen yg seru dan seperti benar2 nyata dan membuat tergelak kerana kelucuan/lawakan pelakonnya.,juga ceritanya bagus banget,sy tak menemukan brg berbranded dicerita ini,.memasyarakat banget,.yg cerita ini bnyk terjadi di sekitar kita,.dgn kesederhanaan kehidupan cerita ini ada sesuatu yg lain,.mendidik banget dan pesan moralnya nampak,.selamat to writer,teruslah berkarya yg lain dari yg lain,.sukses selalu.
8.HaPpYaD says; best
9.hani says; Menarik,.ada lucunya,.best
10.kim ismail say; nice
11.halsey says; haha,.best sgt,.paling best kat part katil tu,.lawak gler!,.hahaha,.good job writer,.pantun tu mmg terbaik ar,.
12.h-zinnirah says; Sebuah komen tanda kita dihargai dan penat lelah menaip,.memerah otak n mencuri masa,..rasa berbaloi.Jadi sy sudi mengomel di sini sbb sy nak penulis rasa mmg berbaloi masa yg dicuri itu.All the best! Keep it up!
13.syafiqa says; best,..;) Semoga terus berkarya..
14.nur hanisya says; Terbaik laa,.x boley tahan gelak,..SWEET sgt..:D
15.eya says; bce cerpen awk x brhenti tersenyum..dr mula dah lawak!,.lawak+sweet! I like! ''harta bukan nilai cinta tetapi hati merupakan nilai cinta sebenar'' perkara inilah yg dapat sy pelajari dr cerpen ini..teruskan berkarya dan menghiburkan pembaca!
16.alg says;haha,.cerita yg santai.
17.nisfa says; Tak boleh stop sengeh,.ngee,..
18.afinas says; comel..sweet sgt..saya suka.
19.ika_Nabihah says; i think you guys,the commentator,should dig p2u more deeply,because there are many cerpen that don't use dato,tan sri,etc,.such as cerpen from syamnuriezmil,rehan makhtar,ic,etc.
P/S: TQVM untuk pembaca setia saya,.YOU ALL THE BEST!!
Impianku yang satu,.aku nak bermula kembali bercerita.Sejujurnya sejak sekolah aku langsung tak pernah sentuh komputer,.bukan setakat blind IT tapi biarlah aku wujudkan istilah baru untuk diri aku,.sesuai kalau aku tulis aku buta tuli komputer,.haha,..memang langsung aku tak tahu apa-apa pasal komputer,.pertama sekali belajar menaip dengan my hubby,.FACEBOOK my doter yang tolong buka di CC Jalur Lebar,.sebelum ada netbook aku buat muka tebal pergi CC,.apa taknya,.yang lainnya semuanya budak2 sekolah belasan tahun,.semuanya memandang semacam pada aku.Aku buat 'Cerdik' hehe,.pandanglah selagi korang ada mata,.fikirlah apa yang korang nak fikir.Do I care!!
Bila ada netbook aku rasa lega,.nasib baik ada line KTW,.masa tu free,.tak payah bayor tapi bulan seterusnya kena topup kat CC Jalur Lebar,.tak mahal cuma rm10.00 sebulan tapi belum sempat aku nak bertatih untuk berkarya skrin netbook pecah gara-gara si kecil.Bila tanya di CC kos skrin baru dia cakap rm350.00,.fuhh setahun aku hidup tanpa netbook,.memang tak mampu time tu,.masa tu tengah siapkan cerpen Siti Musliha.
Aku mula membeli HP baru,.HP nokia,.boleh buka tnet,.melalui Mini Opera aku boleh share satu status 5000 perkataan,.Hp ni banyak berbakti pada aku,.aku post cerpen ke FB dengan HP ni,.bermula dengan Suami Yang Cool,Jatuh!,.Langgar,.Cinta!,Aku Untuk Dia,Mat Saleh Tapi Melayu,Berseminya Cinta Di Hati,Hatiku pernah kau Miliki,Cinta Edyza,Ejan Mas Sayang,SN & SM Setia Selamanya.Aku sambung sikit demi sikit.Entahlah!,.begitu sekali aku giler untuk berkarya,.dan tak pernah ada erti putus asa.Bila HP yang banyak berbakti pada aku tu dikencingkan anak aku time ni memang aku down.Stress memanjang.My hubby pun mula memahami keadaan aku lantas dia korbankan juga rm350.00,.hehe,..yesss!!,.aku kembali bersemangat semula.
Bila netbook dah 'sihat' dan berwajah baru aku mula berkarya kembali.Kali ini semakin aktif.Demi menghantar karyaku ke Penulisan2u aku buka blog ni,.dua tiga bulan jugak aku dok ajak bos pi CC untuk buka blog sebab kami tak tahu apa-apa pasal blog.Namun my hubby asyik menagguh atau kadang -kadang aku yang malas nak keluar rumah.Aku sudah tidak mampu bersabar.Aku cari cara-cara membuka blog dari You Tube,.akhirnya dengan usaha sendiri dan dengan akal yang Allah beri aku belajar sikit demi sikit tentang dunia blog.Percaya ke tidak aku lagi terror berblog berbanding my doter & My hubby.Dua orang cikgu aku yang mengajar aku berkenalan dengan komputer dan Internet pula perlu belajar dengan aku tentang dunia blog,.hihi,.sat-sat,. nak masuk lift tekan sendiri,.kehkeh,.
Kisah yang seterusnya bila netbook mula buat hal,.sampai ke hari ini aku masih mengunakan on-screen keyboard.My doter nak komen dlm Fb dengan 2-3 patah perkataan pun dah merungut lambat tapi bagi aku tiada istilah putus asa demi mencapai Impian Yang Satu.Baru kemarin aku mula berjinak dengan iklan dalam blog.Selepas aku join Nuffnang,.eh macam mana nak mention nama orang dalam blog??
http://www.nuffnang.com.my/
aku join Nuffnang ni sebab nak dapatkan duit poket sendiri sebab nak beli netbook sendiri dan kalau boleh nak cetak sendiri cerpen atau novel aku untuk dijadikan koleksi peribadi.Aku akan terus bersabar untuk impian Yang SATU ini.InsyaAllah selama nyawa free yang Allah bagi kat aku ni DIA tak ambil balik,.
Inilahh kisah aku dan aku akan terus belajar apa yang aku ingin tahu,.
TERIMA KASIH untuk yang sudi singgah dan sudi baca ENTRY ni,.
Perasaanku memang amat terharu membaca semua komen-komen ini.Begitu amat bererti bagiku dan aku amat menghargainya,.bermula dengan suatu tengahari di bulan puasa,.suamiku yang keletihan berkerja terlelap di atas kusyen ruang tamu rumah kami usai solat zohor,.cuma aku olah sikit ceritanya,.perihal anak luar nikah pula,.hmm,.sekeliling rumah aku pun ada tapi JANGANLAH DIHINA MEREKA,.tak payah nak diulas lebih2,.semua sedia maklum setiap kelahiran tu adalah BERSIH & SUCI,.okey jom baca komen2 yg dah aku salin ni,.
BAHAGIA HANYA SEKADAR IMIGINASI(cerpen)
Jumlah Bacaan 6,715 20.8.2013 10.30am
Jumlah bacaan bertambah 6,871,.pukul 11.15am.
Jumlah bacaan 7,171 20.8.2013 3.10pm
Jumlah bacaan 8,410 21.8.2013 2.53pm
Jumlah bacaan 16,120 4.9.2013 7.00pm
1.Leydotdot says: Best betol,.suka3x,.
2.Amilakira@jiee,syakira says: Tang en Mahadi tu klakaq betoi la,.tp terbaekkk!!
3.Fazne says: Haha,.lawak2,.terbaikk arr
4.Miss novel says: Suka sgt!,.rasa mcm 1st time bc cerpen/novel terbaik.Karya teragung,.hehehe,.
5.Syafiyana says: hahaha,.
6.miss adila says; nice story,.
7.ira says; huhuhu,.walaupun panjang tp akhirnya HABIS,.hihihi
8.shasha says; cerpen ni best sangat,kalau buat novel or drama lg best.
9.Laici says; fuhh drama btl ceta ni,Tahniah buat penulis kerana berfikiran komplek yg teramat.This is a compliment from me.Menarik!,.err satu lagi k nak tanya jannah kawen umur berapa?
10.sue says; Dah bc part 2,.sy suka,.tq
11.mika says; best!,.part 2 so sweet
12.yusra alisa says; Ada part 2 jugak,.fuhh! bc yg ni pun dah penat,.tp xpe,.sy bc jugakk,.
13.wani says; best sangat
14.siti says; memang best cerpen awk,.bagus ada part 2 yg menarik,.
15.iza sania says; best ceta ni,dah nc part 2 so sweet,.tahniah.
16.Yanty says; download(muat turun) upload(muat naik) silap guna masa upload gmbr ja FB.Jalan ceta menarik,.
Balasan szaza zaiman;Kesilapan yg memalukan,.selalu sgt dok buat reja ni,.boleh silap lg,.huhukk
17.norsofia_smile says; seriosly ceta mmg best walau agak lama nak baca.Sweet sgt2.Part 2 paling best.Good job writer,.:D
18.Merah says; kalau buat novel lg best ni,.
19.Dyan says; Tabik spring kat penulis ni,.citer best giler,tak boleh digambarkn dgn kata2.Lain dari yg lain.Jalan citer pun fresh.Like sesangat,kalau buat novel mesti laris ni..sbb sy tengok bnyk part yg boleh diexpandkan dan cukup untuk menghasiln novel yg gempak.BTW,.keep it up okey.
20.Sadiana says; Sangat2 best,.
21.P3isabella says; best sgt,ceta lain dr yg lain..mmg tak leh jangka jalan ceta ni,.satu jer tekaan sy yg betul aniq pasti dgn lia,.hehe,.cuma tak dpt nak jangka kesudahannya,.tp mmg best la ceta ni,.complete,congrate writer,.tak reti la nak buat ayt en mahadi,.hehe
22.rk says; ceta sgt best,.buat novel lg sgt10x best,.
23.Aliah says; terbaik writer,.best sangatt,.kalau buat novel lg best,.tang kayu,..hehe
24.Miss F says; I like it,.tpkan lebih baik lia berpasangan dgn efy,.b.t.w good job,.
25.MsNuras; Encik mahadi kata kepp riting u ar duing gred,.
26.Lala says; Terbaik,.jalan ceta memang best,.
27.Ani says; Best,.
28.Finaskhaidir says; setiap yg berlaku ada hikmahnya.Great job szaza zaiman,.
29.Shida7arh says; memang best sgt2,.penulisan ni mcm hidup ja,.good job,.
30.Cempaka Tirani Says; Best,.jalan ceta yg sungguh tak membosankn,.keep it up,.
31.Elina_D says; SUPERB!!!
32.Luna Says; Terlalu kebudak-budakan.Tak menarik minat untuk membaca.Bosan!
Szaza Zaiman Says; Saya harap sgt kalau Cik Luna baca blog sy,.sejujurnya sy langsung TAK terasa hati tapi sy ingin sgt nak tahu part mana yg kebudakan dan bosan tu?,.tolonglah jelaskn secara detail kerana sy orang baru dlm dunia penulisan ni,..TQ sudi baca N komen :)
33.Novellover says; best2!,.teliti sgt aniq dlm misi mengorat lia tu,.sweet ja aniq,.
34.HusnaNuna says; Enjoy bc ceta ni,.
35.Wadda peace says; citer ni sangatlah best dan mmg lengkap isinya.Kalau buat novel ni mesti laku.Good job,.
36.gg says; Sweet!!
37.Lily says; Best sangat!!,.bila baca macam nak baca terus,.tak nak berenti dah.Haha,.kenapa tak jadikan cerpen ni novel saja.Mesti lg best,.
Szaza Zaiman says; Wah!!,.kalau Luna baca komen Lily mesti dia meraung 44hr 44mlm,.hihi,..sorry!!,.tetiba ja rasa mcm ada tanduk,.. :)
38.suka baca cerpen says; best,.cuma panjang sangat.Boleh diolahkan menjadi novel.Tahniah!
40.Cik Crystal says; Congrate writer.Ceta ni mmg best,.
41.Esya says; Perghh,.mantopp!!! Best sgt!!
42.ika says; best sgt,.
43.Jaja jija says; I like.Teruskan penulisan,.Moga berjaya selalu,.
Assalammualaikum semua,.
pertama kali mendapat respon dari pembaca mengenai cerpen-cerpenku memang sesuatu yg langsung tak dijangka.Sebelum ini tiada sesiapa yg ingin membaca karyaku walau aku berkongsi minat yg sama bersama anak2 sedara,. my doughter juga suka membaca cerpen dan novel online sepertiku tp dia tak pernah membaca karyaku sehinggalah karyaku diterbitkan di penulisan2u dan mendapat respon positif my doughter mengajukan soalan untukku,..''Best sangat ka cerpen mak??,.kalau my hubby lagi la,.jangankan nak baca langsung tak ambil tahu,..huhu,..sebab itu aku tak yakin aku mampu menulis sebaik orang lain tapi berkat pepatah yang aku pegang 'Kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh??' akhirnya aku teruskan melangkah biar pun langkahku nampak pincang dan goyah,.
Dua hari juga aku menghabiskan masa untuk menyalin semua komen-komen ini.TERIMA KASIH yang tak terhingga pada mereka yang menghargaiku.Sungguh!,.tanpa pembaca penulis sepertiku hanya syok sendiri saja,.
KOMEN_KOMEN YANG AKU TERIMA DI PENULISAN2u
NOVEL EJAN MAS SAYANG
Setakat ni belum dikomen oleh sesiapa pun,..huhu
NOVEL SN & SM SETIA SELAMANYA
Untuk Bab 11
1.o says; Ada blog x,.
2.Fatimah Bt Aznan says; Best sgt,nak bc yg seterusnya pulak.
Untuk Bab 9
1.Baby Mio 81 says; BEST,.kenapa kat blog tak update?
Untuk Bab 4
1.Saisah Mazeati Says; Ermm,..best,.hehe
Untuk Bab 2
1.O ha ni says; ada blog tak?
SEMENTARA Untuk 5 Buah Cerpen Yang DiSiarkan Semuanya Komen-komen Positif,.
1.Cerpen Orang Gaji
45,380 bacaan pada 11.34am 30.7.2013
Untuk komen2nya,.
1,Novellover says; best,.1st ingatkan heronya danial,..huhu tp pape pun tahniah penulis.
2.Zahra Says; Teruskan! Good Luck!,..:)
3.Adriana Says;Bagus!!
4.Anna says; Best,.
5.Irfan says; Erm,.boley la,.
6.Avatar says; Romantik
7.Fitriani Mansur says; Best3x sgt3x,.kenapa tak panjangkn smpai perkahwinan,.? lagi best!!!,.hehehe
8.Mr.As says; Kurang suspen,.
9.Miss Comment says; Rasanya kalau panjangkn sampai diaorang kawen lg best.
10.Ieda says; sgt best!
11.Secretlady says; Salam,.jarang sgt sy nak beri komen..tp cerpen ni best sgt sampai sy tergerak nak bg komen...best bab email sgt sweet,cuma xsampai nangis terharu,.tp mmg sweet,.hasilkn cerpen yg boleh buat sy terharu n nangis dlm sgt sweet,..tq akak.
12.Hidayah says; suka baca cerpen ni,.jalan ceta menarik,.keep up the good work.
13.Aisyah says; congrates,.best sgt,.good luck for next story.
14.Reza says; best,.good job.
15.Nasuha says; Terbaiklah,.teruskan usaha ya.
16.Eija Samsudin says; Jalan ceta terbaik.Tahniah buat penulis.
17.Iffah says; Suka baca ceta ni.Keep good work okies :)
18.Somebody that u used to know says; Yeah,.indeed I agree that ur story line is freaking good,.congrats for the author ,good job!
19.Nadiah says; terbaik,..hehehe,.bestnya kalau ceta ni dijadikan novel jerr,.emm,.dua2 org kaya,.tak berape suka,(sy golongan sederhana) tq szaza zaiman.Teruskn berkarya.
20.Farah Mohd says; best!!!!!!
21.Nasuha Azizan says; Jalan cerita menarik,penggunaan bahasa sempoi dan bersahaja.Part yg paling sy suka bila mana ayang bersama dgn family dia,ucu,along,alang,angah,mak.Rasa dkt di hati dan sgt erat perhubungan kekeluargaan yg ada.Lagi menarik kalau dpt diketengahkan lg permasalahan dan kekangan yg dihadapi oleh pembantu rumah,a.ka orang gaji.Pape pun sgt terhibur dgn imaginasi luar kawalan dan lawak bersahaja penulis.Keep it up.LOL,..
22.Cerpenlover says; Jalan ceta dah best,tapi setiap babak boleh diramal oleh pembaca.Honestly cerita ni terlalu klise..penulis terlalu berhati-hati.
23.Nurfatin says; Okeyla.Not bad.
24.Raihan Shahirah says; Jalan cerita yg simple but dpt menarik perhatian org ramai..bagus.
25.Nur ReyMin says; Wow! penulis.Thumb up.<3,..part yg paling dia suka waktu ayang dgn ucu.Bie ayang,.so sweet ,..bha.
26.Farah Shuhada says; Whoaaa!!! sweet glerr,.sy nak bf mcm airil tu bley tak? Good job writer.So sweet :)
27.Ayu says; Best ceta ni.Tahniah.
28.Miss F says; Best sgt,.the writer,.keep it up.
29.Azira says; Best,.cuma kalau dipanjangkan sampai kawen sy rasa lg best.BTW ! Tahniah.
30.Infisha says; So good.I'm in love with ucu,..haha,.Tahniah n good luck untuk cerpen yg seterusnya.
31.Edd says; Good job writer.Best ar ceta.Mula2 bace ingatkan danial yg jadi hero rupa2nya airil.Pape pun well done.
Balasan dari szaza zaiman; Cinta tak semestinya bersatu!!!,..hihi
32.Ayush says; Huhu,.ceta ni banyak lg boleh dibaiki terutama dari gaya penulisan dan penyampaian cerita.XD Good luck! :)
33.Niza says; Ada part 2 tak? Suka jln cetanya.Congratulation.
34.Azwa wawa says; Suka jln cetanya.Nak lg???
Balasan dari szaza zaiman; Confused!!,.????
35.Putrisya says; Goo job writer.Suka sgt2.Kalau ada part 2 pun best juga.Teruskn usaha anda.
36.Efy says; Best la.Ada part 2 tak. Jalan ceta cool.
37.Scha says; Cerita yg amat menarik..walaupun tajuknya simple tp ceritanya sgt bagus.Good job:)
38.Lis says; percubaan yg bagus,.tp jln ceta mudah dijangka.Kalau diberi sedikit kejutan mungkin lebih menarik..ending mesti lebih dramatik,sbb sedikit anti klimaks...sepanjang pembacaan emosi berbunga2 but final mendatar..anyway good luck for the next writing.
Balasan dari szaza zaima; Ehemm,.banyak nak kena belajar lg ni.Sy langsung tak faham dgn ayat2 dunia penulisan ni.Menulis berdasarkan apa yg terlintas dlm bayangan ja.Huhuhu,..
39. Zahana says; Haha!,.the best story!,.buatlah part 2 pulak.
40.DinieAbadi says; Best,.cuma ada yg kurang..tp tak taulah pulak apa yg kurang di situ.Apa2 pun nice story :)
41.Sayang dia says; Best sgt.Kalau buat novel mesti laku punya.BTW teruskn usaha ea,lepas ni buatlah novel pulak.Gerenti sy beli ;)
42.Miera says; sweetnya ceta ni,kan bagus kalau reality,.BTW ceta ni best.
Balasan szaza zaiman; Airil Farhan memang wujud cuma Zahratul Aishah baru darjah 2,..hehehe,.
43.IEDA says; Sgt sweet,Hilang ngantok den bila baca ceta ni..:)
45.Afeef says; Arghh,.jelousnya bc cerpen ni...sweet gler.Bila la dpt merasa jadi mcm ni,.??
Balasan szaza zaiman; Huhuhu,..kalau bley eden pun nak jugak hubby yg nakal mcm airil ni,..hihi
46.Ida Ishak says; Setuju dengan IEDA.Hilang ngantok dan best sgt.Kalaulah dpt lelaki mcm airil.Romantiknya,.tp sy dah kawen,..huhu.Teruskan menulis dan sy akan follow cerpen2 awk,.harap2 ada sambungan cerpen ni atau jadikan novel mesti lebih baik,.
Balasan szaza zaiman; Yesss! Pembaca mcm ni yg sy cari2,.hihi,..sebenarnya permintaan awk dua2nya sy dah tunaikan Orang Gaji Part 2 dan Novel Penyamar.
47.Nor Shahirah says; Congrats!,..sweet gler baca cerpen,.hehehe,.nak juga berangan jd Zahratul Aishah ni,.Cerita pendek tp sgt memuaskan.
48.Tyrah_ Hongki says; Haaaa,..so sweett,..!!
50.AYRA says; The best ever i read,.
51.Mia says; Jalan ceritanya menarik.Best kalau cerpen ni dijadikan novel.Dimana ada konflik yg berlaku sblm airil dan shah berkahwin.Lagi menarik rasanya.Sekadar pendapat,.
Balasan szaza zaiman; Pendapat yg sgt10x bernas.Akan diwujudkan konflik itu dlm novel Penyamar itu.InsyaAllah:D
52.Adriana says; Best,.romantiklah airil tu,.
53.~*Eykakumontel*~ says; even panjang cerpen ni,.tetap best,..buat la novel,..hehe,.Tak sia2 baca sampai habis,.
Balasan Szaza zaiman; Uhukuhukk,..terharu sgt,..sbb ni kayra 1st sy hantar di Penulisan2u tp responnya langung tak diduga,.err,..bukan 1st hantar tp 1st disiarkan.1st hantar Suami Yang Cool dan Siti Musliha tp sampai ke sudah tak disiarkan,..hihi
54.Ain_Izhar says; nice story,.congrats to writer,.=)
55.Zurra says; Tersangatlah bestnye,.bahasa yg digunakn mudah difahami dan epy ending,.
56.Roshayati says; best sgt kalau nak dijadikn novel pun best,.:)
57.Yoon AH ra says; best sgt ceta ni,..senyum sampai telinga dah ni,.hehehehe,..keep it up writer,..Hwaiting,..
Balasan szaza zaiman; samalah kita!!!!,..sy pun senyum sampai telinga dah ni bc komen awk,..ahakss!!!!,..:D
58.lili says; Saya suka?? a??a???????????? et cerpen ne bener2 menghibur,.
59.angah_qia says; mmg tak rugi la baca cerpen ni...ingatkn aishah dgn haziq danial rupanya dengan anak majikan,.
60.Yunia says; LOVE IT,.
61.Jiji says; okayy,.best kowtttt,.hahahaa,..serius,.
62.miera helmi says;Hahaha,..baca sambil tersengeh,..sweet arghh!!! LIKE,.
63.Lalaliana says; sgt best,.mod ngah spoil tp bila baca cerpen ni ketawa sendiri.Dapat bayangkn jalan ceritanya.Kalau dijadikn novel pun best.Daebak!!,.
64.SHIMA says; Hmm,..not bad.KEEP IT UP!
65.IQka says; best2,.cuma ada sikit keliru ja.Part yg terjumpa abg dia tu.Rupanya anak Dato? Boleh diperbaiki lg.Good luck next try:)
Balasan szaza zaiman;Ingat nak buat susprise untk pembaca tp ada jugak yg TERKELIRU,..huhu
66.Soley says; Wahh,..bestlah cetanye.Tajuknya pun best jugak.Teruskn usaha lg buat cerpen best2,.
67.cik bunga says; best glerr ceta.GOOD JOB>Thumb up.
68.Farina says; kalau buat special part mesti best,.
69.miss EZ says; salam,.bestnya jln ceta dia,..mcm ceta real pun ada.Best3,.syok bc ceta ni.
70.iera says; best cerpen ni,..jln cetanya pun best.Kalau ada sambungan pun okey gak,..hehehe
71.nieja iman says; best sgt cerpen,.cerpen ni mcm real ja.Hope lepas ni ada lg cerpen yg best,.
Balasan szaza zaiman; Akan sentiasa ada selagi otak berfungsi dan jari2 masih beraksi juga ada pembaca yg sudi nak bc kerana tanpa pembaca penulis mcm sy ni mcm dok syok sendiri ja:D
72.Saya says;Pening masa part yg jumpa kat KFC tu,.
Balasan szaza zaiman; Ni satu lg susprise untk pembaca yg tak menjadi,..adehhh!!
73.DAFINA LURVE says; TerBaik,.suke sgt jalan ceta ni,..syabasss!!!
74.Syazatul Dania Bt Harun says; best,.bley buat novel plak lepas ni,.
75.Ixora says; Rasa mcm baca novel tp jln ceritanya dah diolah menjadi ringkas.Ni baru btl2 cerpen.Tahniah! akhirnya sy jumpa cerpen yg tak tergantung.Tahniah3,.jln ceta pun best je,.
76.Lover_Girl says;Suka3,..ramai keluarga dia.Susah nak ingat.Sapa alang,ucu,angah dan along tp mmg mantap cerpen ni.GOO JOB WRITER!,.
77.putri_maya says; Jalan cerita dah menarik cuma ada sedikit pembetulan.First sblm jadi org gaji watak zahratul dr keluarga sederhana dan ayahnya hanya pegawai kerajaan...mcm mana tiba2 boleh jd ank Dato pulak...itu je yg kompius,.yg lain tu best..teruskn lg ye:)
Balasan szaza zaiman; Sebenarnya nak buat mcm ni.Mereka dr golongan berada tp hidup cara sederhana,.adeh!! Ada juga yg perasan kesilapanku ini,..hukhukkk,..
78.NurFadinie says; sy suke2!,.best sgt2,.tahniah writer,.good job,.:)
79.Kinah99 says; Tahniah! cerpen ni best sgt,..boleh buat telemovie...nice job writer.Buat lg cerpen yg lain ok.Apa2 pun ceta ni mmg syok.Mmg senang nak faham cerpen ni.
80.Aishah A'syiqin says; Ni okey sikit.Besttt,..
81.Ummu Afif says; cerita menarik tp ada sikit kesalahan ejaan pada zikir.
Balasan szaza zaiman; Thanks A Lotsssssssssssssssssssssss,..lain kali akan rujuk dulu sebelum tulis,.
82.hanna_wawan says; best,.awesomm n suke sgttt,..pandai penulis buat cerita ni,.buat sy suspen ja masa adik beradik aishah jumpa di KFC,.
Balasan szaza zaiman; Alhamdulillah!!,.ada gak yg suspen,..okey la tu,..hihi
83.Nur Faiza says; Menarik.Teruskan berkarya.
84.Iera says; Good Job writer.Best n lucu ceta ni.Iera suke,..terus hasilkn karya sebegini ya.:)
85.Eh Awak says; Good job.Best kowt.Haha,.all the best writer.
86.Kina Shakira says; best sesengat.Good job.Sy suka cerpen ni.
87.Ila cute says; sy & kakak sy asyik bc cerpen ni ja:)
88.zalila zaharin says; hahaha,.sy dah ulang tiga kali dah.Cerpen ni sy rasa mmg patut buat smbungan dlm novel n ada blog tak,.:):)
89.Curahanminda says; cerpen ni best tp zikir tu ada kesalahan.
90.AGG says; GOOD JOB WRITER.
91.MS Mir says; best sgt citer ni,.ada unsur2 islamik sekali.Keep up the good work.And boleh buat novel sekali mesti meletop punya.
Balasan szaza zaiman;Isya Allah,..bila dah tamat nanti sy akan send sekali lg novel Penyamar tu ke Penulisan2u,.
92.cahaya mata says; puas hat,..best!!
93.Nur noo says; cute jew jln ceta ne,..huhu thumb up writer.
94.Sakura says; best,.Good job writer.
95.It's me says; Good job sis;D
96.Wandie92 says; huhu ayang mas merah best.
97.miss chocolate says; mula2 ingatkn zahratul aishah dgn danial haziq.
98.mirza says; I love this story,.sweet.Cerita yg berunsur islamik dan boleh dijadikn panduan.WELL DONE.
99.Invisible says; menarikk,.
100.Sharatun says; sweet,.
101.Nur says; sweet:)
102.Hairiah says; babysitter ya bukan sister.
Balasan szaza zaiman; Adehhh,..ingatkn kakak pengasuh,..hehe,.cover line,.ngee.
103.Izan says; Jln ceta yg menarik.
104.Lily says; Not bad la.Best sgt2.Sweet.
105.Arimahsyaqita says; best sgt2.
106.Funnacin says; sy suka2,..
107.Rhuzanna says; sweet,.
108.D'Nur says; Ni kalo buat novel confirm beli buat koleksi ni,.best sgt2,.
CERPEN AKU UNTUK DIA
Jumlah Bacaan 17,408 9.18pm 30.7.2013
1.Nurul Jannah says; Huh! Giler,.bestnya cerpen ni.Sweet pun sweet,sedih pun sedih.Cerita ni mcm sebati je dgn sy.Cerita mcm nilah yg sy suka,.hehe,.Good Luck,.apa pun cerpen ni terbaik,..buatlah novel..hehe GOOD,.
2.Lynn says; Terbaik sgt.
3.Syahirah Nizar says; best gler,.sweet yg amat.Congrates writer,.
4.Sukacerpen says; Best.Tahniah penulis.Sedi sgt masa opah meninggal.Meleleh air mata,.hukhuk,..
5.TIaRa UziMa says; Tahniah for penulis.Sgt sebati mcm makanan daa,.selamba,sedih n happy.Ceternya buat sy terkenangkn nenek sy.Alhamdullilah,.kisah lyna syg nenek dia mcm sy jugak tak boleh berenggang dari kecik smpai besa.5 star,.
6.Mochida says; Like it love it.Keep it up dear,.
7.Cik Crystal says; Tahniah pada penulis.I like it,.
8.Ika says; Best,.sedih pun sedih tp mcm panjang sgt..mcm nak continue lg,then jump the conclution teros,.
9.Amirah says; Bestnyerrr n soooosoooo romantik,..hehehe,.
10.Tengku Nurintan says; Cerpen ni sgt interesting..moga2 buat cerpen lg ya.
11.Rabiatul Zamri says; perhh,.best giler,.rasa mcm tak sbr nak bc penghujungnya.Menarik masa dia kehilangan opah dia tu.Teringat kat arwah tok.Sy berharap sgt cerpen ni jd novel.Pape pun good job n good luck.
CERPEN LANGGAR!!!,.JATUH,.CINTA!
Jumlah Bacaan 12,686 9.50pm 30.7.2013
1.Anaati Atiey says; Boley la tp don't give up.Keep it up.
2.Secret says; Best sgt,.dari awal asyik gelak jer.Keep it up writer,.
3.Zaza says; Best sgt!!
4.Lynn says; kikiki,..best2,.dari permulaan asyik gelak je.
5.Shaz says; hahaha,..seronoklah bc karya writer BTW Keep it up,.
6.Yati Hamid says; seronok membacanya.Teruskn penulisan anda.
7.Siti Salwa says; Best sgt ceta ni.TERBAIK,..!!!!
8.Tauke tishu says; Cerita ni best tp agak bosan.Bg sy la anyway,.good job writer,.
Balasan szaza zaiman; Kdg2 sy sendiri kompius dgn komen pembaca.Sebenarnya cerpen ni best ke bosan???,..hihihi
9.Teduhan Kasih Ady Putra says; Tak best.Bosan.
Balasan szaza zaiman; Bangga sekejap.Ady putra pun bc cerpen sy,..hehe
10.Qaseh says; Sweetnyer ceter ni.Good job writer,.
11.Zarra says; Kenapa ada yg tulis bosan? Best apa!,.Keep it up writer.enjoy it!
Balasan szaza zaiman; Bukan semua suka mkn tempoyak,.ada yg suka mkn budu dan ada yg suka mkn sambal belacan:)
12.Adila says; Bestlah,..hihi,.
CERPEN TAKDIRKU(AKU CINTA KAU MINAH!!!)
Jumlah Bacaan 11,797 12.30pm 31.7.2013
1.ZiEraJoe says; Based on reality.Suka sgt!! Untuk szaza zaiman teruskn usaha ya,.
2.Novellover says; Best,kelakar n sweet.Tahniah penulis.Teruskn berkarya.
3.Nia(peminat novel&cerpen) says; Wa,.bestnya.So sweet.I love it.
4.Chenta Says; Best glerr! Kalau buat novel mesti meletop.Thumb up writer!
5.Sue says; Seronok sgt baca cerpen ni.Boleh buat cerpen lain pulak.Jalan cerita ringkas,sempoi,selamba.Inilah reality hidup.Bukan yg kaya,yg elok,yg cantik,yg pandai ja berhak bahagia.Tak semestinya jodoh yg cantik dgn yg cantik saja akan bhaagia.Fikir-fikirknlah.
6.Mona says; Terbaikk!
7. Kupu-kupu Purple says; Perrrrrghhh,.inilah satu2nya cerpen yg sy baca tanpa skip dan sebarang masalah.Best gler la! Keep it up.Psstt,..ada cerpen lain tak?? Hehehe,..
8.Kalijah Bantarisyah says; Seronok sgt.Puas hati,cerita cukup panjang..dan Nur Hairy tidaklah terlalu kejam pada Minah..dan bila dah suka terus saja bertukar menjadi suami yg romantik.
9.Cik Crystal says; Congrats la writer.Suke sgt bc cerpen ni.Mcm tak puas ja baca,kalau dpt diolahkn jd novel lg best,.kiki
1o.FIZA says; Terbaikkkkkk
11.Asrsr says; Best.Kelakar,.keep it up.
12.Wina says; Assalammualaikum,...Wah,.mmg bestlah ceta awk.Teruskn berkarya,awk ada bakat.Moga terus berjaya.
Balasan szaza zaiman; Waalaikummusalam,.huhu,...bakat yg dah lama terendam.Moga makbullah doanya.Aminnnnn,..Terima kasih.
13.Ros says; Cik Penulis boleh buat cerita ni sebuah novel yg santai dan menarik lg.
Balasan szaza zaiman; Ehemm,..terperasan sekejap dgn perkataan 'cik' tu.Sebenarnya PUAN yg dah ada anak dara berusia 16 tahun.Almaklumlah genap umur 20 dah jd isteri,..hihi
14.Iza Sania says; Best cetani.Sy suka.Santai jer.
15.Amirah Mothlib says; Syok gilerr.
16.Farina says; Best,best dan bestt,.
Respon szaza zaiman; Uittttttttttttttt,.terharu gilerrr dah ni,.hehe,.bergenang ayaq mata chek bila baca semua komen-komen positif.
17.Amilakira says; Emm,.best ceta ni.Bila nak buat ceta baru pulak?
Balasan szaza zaiman; Tungguu!!,.ada rezeki cerpen Bahagia Hanya Sekadar Imaginasi???? akan disiarkn.Mudahan admin tak tukar tajuk lg,.huhu,..
18.Aisy Nur says; Cerita yg sedap dibaca coz tak pening kepala.Alahai minah,.resepi tu boleh ikut ke? Mcm sedap jerkk,..
Respon szaza zaiman; Boleh!!!,..cuma ikut citarasa sendiri.Yang tak suka pedas takyah boh cili or boleh diganti dgn serbuk lada hitam.Ayam goreng tepung yg dikukus terlebih dahulu dijamin tak keras n tak hangit :)
19.Atin says; Best2 tp watak n awai ceta mcm novel kau yg satu.
Respon szaza zaiman; Yeaa ka??? Tak pernah bc lg novel tu.Dapat ilham ni selepas dua hari berturut2 pergi lepas tension di tepi laut n watak Nur Hairy tu nama fbnya Aieyz Slumber sbb tu sy wujudkn Nur Hairy yg slumber.Siap Hug n kiss minah depan pidot,..hihi
20. Ros says; Best ar ceta ni boleh dinovelkn biar ada advancure sikit.
Respon szaza zaiman; Akan difikirkn kemudian,.:)
21.Mera era says; Cerpen ni best.Jln ceta menarik.
22.Zaza says; Serius.Best giler.Kelakar sgt.
23.Ani Aziz says; Best! Berdebar jugak babak akhir,main kat pantai,yelah tajuk Takdirku.Kot2 kena yg ada hanyut laut.Hehehe,.Alhamdulillah hepy ending.Fuhh,..lega!!
Respon szaza zaiman; Hehehe,.InsyaAllah takkan ada cerita tergantung dari sy sbb sy pun akan sakit hati kalau bc cerita tergantung n tak suka bc ceta sad ending,.
24.Siti says; Best,.kami suka ceta hak mcm ni.Terbaek.
25.Nurkholifah says; Best,.terbaiklah.
26.Farah says; Best!!!
27.Aslan says; Cerita yg menarik tp nak tau jugak apa yg jadi kat kathy senget tu lepas tau minah bini dia,.haha apa2 pun ceta ni best,.tak da la sakit hati sgt,.hepy ever n ever.
Respon szaza zaiman; Haa,.kan,..lupa plak kat Kathy senget tu,..ehemm,..sebenarnya sy nak pembaca berfikir sendiri.Hargailah org yg menyanyangi kita jgn bg seribu alasan andai ada cinta di hati.Lumrah hidup wanita harus melahirkann,..:)
28.Wanie says; Memang best.
29.Epy Elina says; Best.
30.Tasik tenang says; Comey...kiut,.Terbaiklah minah!!
31.Cahaya says; Ceta lagu ni yg aku suka,hang mmg pandai na..apa2 pun teruskn menulis.
32.Saadih says; Best.Ceta ni terbaik.Minah penyabar,bagus tu amalkn.
33.Chienta Erin says; Mcm ni la baru best.Baru layan perasaan.Terbaik la,hope dapat hasilkn yg lebih bagus lg.Congrates.a
Akhir kata terimalah lagu ini dariku khas untuk semua,.
Aku sendiri tak pasti sejauh mana impianku ini sudah berada.Sudah bergelar penuliskah aku? Setakat ini memang beberapa karya aku sudah mula diterima orang dan aku sudah semakin matang untuk berkarya,Aku tak mahu mengalah separuh jalan.Akan ku teruskan menanamkan semangat di jiwaku untuk terus berjuang mengapai impianku yang satu ini.Aku tahu ianya terlalu sukar untukku teruskan.
Aku yakin lorong untukku meneruskan perjuangan ini terlalu banyak onak dan durinya.Hanya Allah yang tahu apa halangan yang sudah menanti di hadapan.Buat masa sekarang apa yang aku tahu halangan yang aku terima ini memang terlalu menguji kesabaranku.Apakah itu??
Aku sedang menaip dengan mengunakan on-screen keyboard,.betapa lambatnya lebih-lebih lagi huruf-huruf yang tidak boleh di taip adalah huruf A,F,J,G,L dan R yang kadang-kadang boleh dan kadang-kadang tiada,.memang benar-benar menguji.Bayangkan aku terpaksa menulis cerpen yang panjang tu dengan mengunakan on-screen keyboard ini.Bukan itu saja,novel juga sama walau aku akui,aku naik fed-up dengan semua ini.Malas nak menaip dan sebagainya.
Mengenangkan impianku yang satu ini saja yang mampu membuat jiwaku tenang setiap kali menaip bait-bait kata,aku teruskan bersabar walau aku terlalu letih melayannya.Ini adalah dugaan untukku setakat ini.Aku kena terima apa adanya.Semuanya ini mengajar aku untuk terus jadi dewasa dalam berfikir.Kalau umur tu jangan tanya,memang dah terlebih dewasa dah pun.Dahlah!,.aku malas nak membebel banyak2 so sekarang aku nak perkenalkan dua buah cerpen aku yang berjaya mendapat sambutan setakat ini,.
setakat ini di penulisan2u hanya komen positif yg aku terima, pada asalnya cerpen ini untuk mengusik seorang rakan fb yang bernama Aieyz Slumber, sebab tu wataknya aku hidupkan sebagai watak seorang lelaki yang amat slumber,.
ini cerpen terbaru untuk edisi puasa dan raya, kisah seorang wanita tabah tapi aku selitkan sedikit nasihat berunsur motivasi diri,.bolehlah untuk dibuat renungan bersama,.ada kawan fb aku cakap tak payah buat sad ending or hepy ending biar ja pembaca buat andaian sendiri diakhir cerita,.haih!,.tak tergamak pula aku nak buat pembaca tertanya-tanya,.kesian kat depa!!