Aku sendiri tak pasti sejauh mana impianku ini sudah berada.Sudah bergelar penuliskah aku? Setakat ini memang beberapa karya aku sudah mula diterima orang dan aku sudah semakin matang untuk berkarya,Aku tak mahu mengalah separuh jalan.Akan ku teruskan menanamkan semangat di jiwaku untuk terus berjuang mengapai impianku yang satu ini.Aku tahu ianya terlalu sukar untukku teruskan.
Aku yakin lorong untukku meneruskan perjuangan ini terlalu banyak onak dan durinya.Hanya Allah yang tahu apa halangan yang sudah menanti di hadapan.Buat masa sekarang apa yang aku tahu halangan yang aku terima ini memang terlalu menguji kesabaranku.Apakah itu??
Aku sedang menaip dengan mengunakan on-screen keyboard,.betapa lambatnya lebih-lebih lagi huruf-huruf yang tidak boleh di taip adalah huruf A,F,J,G,L dan R yang kadang-kadang boleh dan kadang-kadang tiada,.memang benar-benar menguji.Bayangkan aku terpaksa menulis cerpen yang panjang tu dengan mengunakan on-screen keyboard ini.Bukan itu saja,novel juga sama walau aku akui,aku naik fed-up dengan semua ini.Malas nak menaip dan sebagainya.
Mengenangkan impianku yang satu ini saja yang mampu membuat jiwaku tenang setiap kali menaip bait-bait kata,aku teruskan bersabar walau aku terlalu letih melayannya.Ini adalah dugaan untukku setakat ini.Aku kena terima apa adanya.Semuanya ini mengajar aku untuk terus jadi dewasa dalam berfikir.Kalau umur tu jangan tanya,memang dah terlebih dewasa dah pun.Dahlah!,.aku malas nak membebel banyak2 so sekarang aku nak perkenalkan dua buah cerpen aku yang berjaya mendapat sambutan setakat ini,.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.