Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Sabtu, 28 Disember 2013

Novel Ejan Mas Sayang,.entah bila akan jadi buku?

Selagi karyaku tak dibukukan aku belum boleh digelar penulis,.sekadar penulis online yang hanya terperuk di rumah,apalah maknanya,.Novel ni cuma ada 31 bab,.mungkin terlalu pendek untuk dipanggil novel,.kadang-kadang macam nak putus asa saja,.biarlah tak dibukukan terus,andai usiaku masih panjang bila ada rezeki suatu hari nanti aku cari saja mana-mana syarikat pencetak dan minta mereka cetak novel tu sebagai koleksi peribadi,.hihi,.terdesak sangatlah tu!

Walau apa pun aku cuba juga untuk terus mengejar impianku untuk menjadi seorang penulis melalui setiap cerpen2ku,.samada cerpen aku mendapat sambutan ataupun tidak,.biarlah!,.yang penting aku boleh terus bebas dan bahagia,.


Novel Ejan Mas Sayang dah banyak kali aku edit,bila aku chek balik masih ada kesalahan ejaan,.aku jadi hairan,.fikir punya fikir rupanya aku pernah edit yg aku simpan dalam pendrive,.bila nak simpan karya baru aku delete satu folder dan masukkan semula,.letih sangat bila sesekali buat perangai gelong mcm tu,.haih,.takkan pernah selesailah reja aku,.


http://www.penulisan2u.my/tag/ejan-mas-sayang/   novel Ejan Mas Sayang yang telah diterbitkan diblog Penulisan2u,.hanya 15 bab,.memang ejaan yg amat kacau bila,.dah bertahun berhenti sekolah,.duduk rumah makan dan tidur,.bila tiba2 punya keinginan untuk mengejar impian semula minda memang tak bersedia dengan ilmu pengetahuan,.bila menyedari kesilapan tu aku tak berpeluk tubuh,aku buat research balik,.setiap kali aku membaca,aku akan perhatikan ejaannya terutama perkataan 'di' harus dijauhkan atau didekatkan,.aku semak kamus diInternet,.

di­cucukkan di rambut atau di belakang telinga.dipakai di belakang telinga..dijadikan ,di taman ,di kepala,dijadikn,Setem ada dijual di yg di atas terdapat di bawah, yg di depan ,dilalaikn,ditinggalkn, ditinggalkn, di laut , di sungai atau di paya. di Balai di Riau .  di antara ,di tengah,dikerjakan . di Ipoh.
di situ di tempat itu: Tadi dia ada di
di sini di tempat ini:  dijual .
di tempat
di sini, dijual di , di rumah , di mana ,di rumah, dijaga , diurus,ditumpangkan , dibawa, dikirim , di dahan,di atas kepala , di tempat , di­pasang di dlm .di pelabuhan.
1 duduk atau ber­tinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). Kamus dilihat di bawah mikroskop. di celah ~ di dlm bukunya. di celah-celah.  disisipkan, di pinggangnya.  disisipkan , di rumah , di tempat , di dahan,di dahan.  di atas, di bawah , ditakhtakan , di sesuatu , di universiti,  di pejabat
di tengah,di bahagian
di sisi,di sebelah , di hadapan di atas , di kalangan ,dilengkapi ,di mana-mana  di dunia ,di rumah. di sini.  di satu , di tempat , di tanah , di paya dan digunakan , ditanam di ruang atau di celah-celah , ditanam. di kepala , di belakang  di bahu , di leher.


Tahukah anda apa itu kata nama majmuk?
Kalau nak tahu, kata nama majmuk ni sebenarnya dua atau lebih kata dasar yang apabila dirangkaikan membawa makna tertentu. Dua kata dasar ini MESTI DIJARAKKAN. Contohnya:
guru besar
rukun tetangga
tengah hari
urus setia
atur cara
balai raya
kertas kerja
temu duga
deria rasa
cari gali
temu bual
cakar ayam
anak emas
bulan madu
buku lima
terima kasih
ulang kaji
temu ramah
reka bentuk
rumah tangga
surat khabar
ibu bapa
kuat kuasa
hak milik
segi empat tepat

Namun, ada beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai SATU PERKATAAN. Contohnya:
antarabangsa
pesuruhjaya
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
warganegara
olahraga
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
matahari

Jadi, kata majmuk mana yang sepatutnya dijarakkan tetapi anda rapatkan? Dan kata majmuk mana yang seharusnya dirapatkan tetapi anda jarakkan?

Jangan ulangi kesilapan lagi. Betulkan yang biasa, biasakanlah yang betul.


enis tanda baca:
Tanda koma (,)
Tanda noktah/titik (.)
Tanda pisah (-)
Tanda sempang (-)
Tanda elipsis (...)
Tanda titik bertindih (:)
Tanda koma bertitik (;)
Tanda soal (?)
Tanda seru (!)
Tanda petik (" ")
Tanda petik tunggal (' ')
 Fungsi tanda koma (,)
Unsur pemisah.
Selepas kata hubung seperti: oleh itu, jadi, maka, malah, walau bagaimanapun dan sebagainya.
Memisahkan ayat petikan.

Fungsi noktah/titik (.)
Di akhir setiap ayat lengkap.
Kependekan nama.
Sebagai tanda perluluhan atau pecahan.
Memisahkan angka ringgit dan sen.

Fungsi tanda pisah (-)
Menggantikan perkataan 'hingga'. Sebelum dan selepas tanda (-) perlu dilangkau.
 Fungsi tanda sempang (-)
Menunjukkan kata ganda. Contohnya: rakan-rakan, gunung-ganang, lauk-pauk dan sebagainya.

Fungsi tanda elipsis (...)
Menandakan hentian sebentar. Tidak boleh lebih daripada tiga (3) tanda noktah.

Fungsi tanda titik bertindih (:)
Subjudul daripada judul utama. Contohnya: Epidemik T: Manusia Makin Pupus
Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. Contohnya: Surah al-Baqarah 2:29 (bermaksud surah 2, ayat 29)
Menunjukkan nisbah.

Fungsi tanda koma bertitik (;)
Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam satu ayat.

Fungsi tanda soal (?)
Untuk menyatakan soalan.

Fungsi tanda seru (!)
Penegasan.
Menjerit.

Fungsi tanda petik (" ")
Dialog.

Fungsi tanda petik tunggal (' ')
Untuk judul.
Ayat atau perkataan yang dirujuk.
Ayat atau perkataan yang mempunyai dua makna (menyindir)

Contoh kesalahan tanda baca dalam ayat:
Dia sekadar memandangku. Mengamatiku dengan tajam.
" Saya dah katakan pada awak. Jadi jangan ganggu saya! "
Oleh sebab itu Faizah tidak mahu bertandang ke rumah Johan lagi.
"Hai Abang Leman."
Dia conteng kereta saya...?? Lelaki itu sudah melampau!!!!
"Hmm..., saya ada hal nak beritahu awak."
"Datin saya datang ni sebab nak jumpa dengan Hisham."
Mata Jamilah terbeliak apabila mendengar rahsia Dila . Sungguh tidak disangka !
"Tak payahlah Kamil. Aku boleh balik sendiri dengan adik aku Fuad."
Habis baju - bajunya bersepah dikerjakan kakaknya yang mengamuk.
"Apa??? Dia tu dah gila ke???"
Alhamdulillah....... akhirnya Yati sampai ke tempat yang dituju.
"Wah! Sedapnya kek ni."

Nana ketawa kecil.Lucu kata-kata Zamri tadi.
"Berapa hari dia bercuti."
Aku memandang wajahnya... dengan pandangan tajam...
"Man. Kawan kau tunggu kat luar tu.."
Dadaku berdebar-debar...fikiranku pula runsing.
"Jangan berlagak. Pergilah balik. "
"Mana pergi semua orang ni ? Sejak tadi tidak nampak sesiapa di sini..,"
* Kesalahan tanda baca ditanda dengan garisan.

'Aku' ialah kata ganti diri pertama. 'Ku' pula kata ganti singkat untuk 'aku'.
Persoalannya, adakah perkataan 'ku' dijarakkan dari perkataan lain sepertimana perkataan 'aku'?

Jawapannya:
A. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA KERJA. Contohnya:
kuberi
kutolak
kubaca
kuserah
kucari
kucerita
kusentuh
kumohon
kubonceng
kubawa
B. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN jika diikuti oleh BUKAN KATA KERJA. Contohnya:
ku agak
ku biar
ku yakin
ku bahagia
ku ingin
ku lupa
ku mahu
ku cinta
ku rindu
ku ikhlas

C. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA SIFAT yang berimbuhan 'i' dan 'kan'. Contohnya:
kuingini
kuingati
kurindui
kucintai
kuyakini
kumahukan
kulupakan
kuragukan
kusukakan
kurasakan

D. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN dengan perkataan sebelumnya jika bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
hatiku
cintaku
milikku
duniaku
harapanku
keyakinanku
untukku
tanggungjawabku
perasaanku
ibuku
E. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN dengan perkataan sebelumnya jika bukan bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
biar ku
ingin ku
langsung ku
mungkin ku
hingga ku
dapat ku
terus ku
seketika ku
sukar ku
boleh ku
 NOTA:
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ganti diri 'kau' juga sama prinsipnya seperti 'ku' kerana merupakan kata ganti singkat untuk 'engkau'. Namun, GBK ada house style tersendiri yang membiarkan perkataan 'kau' dijarakkan dengan mana-mana perkataan sama ada sebelum atau selepasnya.

Izza Aripin

Kata Sendi Nama 'di' dijarakkan apabila digunakan utk menyatakan tempat dan arah. Cth: Ejan sedang duduk termenung DI pinggir sungai

 tetapi tdk boleh digunakan utk MASA dan WAKTU. Cth: Di waktu hatinya sedang marah (SALAH). Pada waktu hatinya sedang marah (BETUL)

Aku simpan semua teguran,.aku copy & paste semua maklumat,.tak apakan belajar dari kesilapan,.sebelum ni aku main tulis tanpa mengambil kira kesalahan ejaan dan sebagainya.Sekarang baru aku tahu tersalah SATU PERKATAAN kita pasti akan dihentam.

INGAT!!!!
Jangan buat kesilapan yg sama
berulangkali
Ingatan ini khas untuk diri sendiri
hihihi,..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.