Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Isnin, 31 Mac 2014

IMPIANKU,.hanya setakat ini saja!

             Bila umur semakin lanjut. Nafas semakin semput. Impian pun turut terbantu. Tiada apa lagi yang harus aku takut,terima saja apa yang patut, inilah kemelut hidup!

             Nampaknya, aku hanya mampu menjadi penulis online saja. Novel pertama pun tak mampu menarik minat penerbit untuk dibukukan,katanya banyak sangat kesilapan adab penulisan. Aku surrender memandangkan kesihatan aku pun tak mengizinkan aku untuk terus berusaha mempelajarinya lagi. Aku tak mampu untuk terus maju. Aku angkat bendera putih! Aku nak bahagia dengan caraku,.biarlah bidang penulisan ini hanya berlegar di dalam blog saja.

 Nak tahu tak kenapa aku tiba-tiba tulis entry sebegini? Yupp!!,.sebenarnya,.sejak akhir-akhir ini aku sudah terlalu malas untuk menulis. Bila aku ambil ubat mata asyik mengantuk,bila mengantuk minda aku langsung tak boleh nak fokus lagi, contohnya cerpen terakhir yang sedang aku siapkan sekarang Tertulis Takdir-NYA Untukku part 2,..Ya Allah! malasnya otak aku ni nak bekerja walau ending dah ada dalam minda,.ini bukan malas main-main tapi malas yang teramat sangat,.kadang-kadang tu bila aku ada mod untuk menulis,.si perampas netbok pasti datang menganggu kerjaku,.bila dah dirampas mod menulis tu payah pula nak datang,.dua lagi novel terus terbengkalai,.aku memang sudah ada idea dalam otak untuk menamatkannya tapi mod untuk menulis tu selalu hilang,.aku selalu mengantuk setiap kali mengadap skrin,.agaknya aku perlu mencari altenatif lain untuk menyegarkan otak aku kembali,.dah lama aku tak ambil produk untuk kesihatan dalaman agaknya,.


          Kadang-kadang aku nak give-up ja untuk meneruskan impian ini tapi aku tak tergamak nak mengecewakan pembaca yang selalu memberikan sokongan untukku,..kesian pula kepada mereka yang menantikan kesudahan ceritaku. Tolong doakan, moga aku sempat menyiapkan semua cerita yang terbengkalai ini sebelum aku terus give-up untuk selamanya. Terima kasih untuk semua pembaca yang masih sudi membaca cerita khayalanku yang diadun dengan cerita yang benar hidupku dan adakalanya hidup orang-orang yang aku kenali,.sesungguhnya semua ceritaku untuk diambil ikhtibar buat semua pembaca. Yang baik jadikan tauladan,.yang tak baik jangan dijadikan ikutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.