Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Sabtu, 28 Disember 2013

Novel Ejan Mas Sayang,.entah bila akan jadi buku?

Selagi karyaku tak dibukukan aku belum boleh digelar penulis,.sekadar penulis online yang hanya terperuk di rumah,apalah maknanya,.Novel ni cuma ada 31 bab,.mungkin terlalu pendek untuk dipanggil novel,.kadang-kadang macam nak putus asa saja,.biarlah tak dibukukan terus,andai usiaku masih panjang bila ada rezeki suatu hari nanti aku cari saja mana-mana syarikat pencetak dan minta mereka cetak novel tu sebagai koleksi peribadi,.hihi,.terdesak sangatlah tu!

Walau apa pun aku cuba juga untuk terus mengejar impianku untuk menjadi seorang penulis melalui setiap cerpen2ku,.samada cerpen aku mendapat sambutan ataupun tidak,.biarlah!,.yang penting aku boleh terus bebas dan bahagia,.


Novel Ejan Mas Sayang dah banyak kali aku edit,bila aku chek balik masih ada kesalahan ejaan,.aku jadi hairan,.fikir punya fikir rupanya aku pernah edit yg aku simpan dalam pendrive,.bila nak simpan karya baru aku delete satu folder dan masukkan semula,.letih sangat bila sesekali buat perangai gelong mcm tu,.haih,.takkan pernah selesailah reja aku,.


http://www.penulisan2u.my/tag/ejan-mas-sayang/   novel Ejan Mas Sayang yang telah diterbitkan diblog Penulisan2u,.hanya 15 bab,.memang ejaan yg amat kacau bila,.dah bertahun berhenti sekolah,.duduk rumah makan dan tidur,.bila tiba2 punya keinginan untuk mengejar impian semula minda memang tak bersedia dengan ilmu pengetahuan,.bila menyedari kesilapan tu aku tak berpeluk tubuh,aku buat research balik,.setiap kali aku membaca,aku akan perhatikan ejaannya terutama perkataan 'di' harus dijauhkan atau didekatkan,.aku semak kamus diInternet,.

di­cucukkan di rambut atau di belakang telinga.dipakai di belakang telinga..dijadikan ,di taman ,di kepala,dijadikn,Setem ada dijual di yg di atas terdapat di bawah, yg di depan ,dilalaikn,ditinggalkn, ditinggalkn, di laut , di sungai atau di paya. di Balai di Riau .  di antara ,di tengah,dikerjakan . di Ipoh.
di situ di tempat itu: Tadi dia ada di
di sini di tempat ini:  dijual .
di tempat
di sini, dijual di , di rumah , di mana ,di rumah, dijaga , diurus,ditumpangkan , dibawa, dikirim , di dahan,di atas kepala , di tempat , di­pasang di dlm .di pelabuhan.
1 duduk atau ber­tinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). Kamus dilihat di bawah mikroskop. di celah ~ di dlm bukunya. di celah-celah.  disisipkan, di pinggangnya.  disisipkan , di rumah , di tempat , di dahan,di dahan.  di atas, di bawah , ditakhtakan , di sesuatu , di universiti,  di pejabat
di tengah,di bahagian
di sisi,di sebelah , di hadapan di atas , di kalangan ,dilengkapi ,di mana-mana  di dunia ,di rumah. di sini.  di satu , di tempat , di tanah , di paya dan digunakan , ditanam di ruang atau di celah-celah , ditanam. di kepala , di belakang  di bahu , di leher.


Tahukah anda apa itu kata nama majmuk?
Kalau nak tahu, kata nama majmuk ni sebenarnya dua atau lebih kata dasar yang apabila dirangkaikan membawa makna tertentu. Dua kata dasar ini MESTI DIJARAKKAN. Contohnya:
guru besar
rukun tetangga
tengah hari
urus setia
atur cara
balai raya
kertas kerja
temu duga
deria rasa
cari gali
temu bual
cakar ayam
anak emas
bulan madu
buku lima
terima kasih
ulang kaji
temu ramah
reka bentuk
rumah tangga
surat khabar
ibu bapa
kuat kuasa
hak milik
segi empat tepat

Namun, ada beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai SATU PERKATAAN. Contohnya:
antarabangsa
pesuruhjaya
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
warganegara
olahraga
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
matahari

Jadi, kata majmuk mana yang sepatutnya dijarakkan tetapi anda rapatkan? Dan kata majmuk mana yang seharusnya dirapatkan tetapi anda jarakkan?

Jangan ulangi kesilapan lagi. Betulkan yang biasa, biasakanlah yang betul.


enis tanda baca:
Tanda koma (,)
Tanda noktah/titik (.)
Tanda pisah (-)
Tanda sempang (-)
Tanda elipsis (...)
Tanda titik bertindih (:)
Tanda koma bertitik (;)
Tanda soal (?)
Tanda seru (!)
Tanda petik (" ")
Tanda petik tunggal (' ')
 Fungsi tanda koma (,)
Unsur pemisah.
Selepas kata hubung seperti: oleh itu, jadi, maka, malah, walau bagaimanapun dan sebagainya.
Memisahkan ayat petikan.

Fungsi noktah/titik (.)
Di akhir setiap ayat lengkap.
Kependekan nama.
Sebagai tanda perluluhan atau pecahan.
Memisahkan angka ringgit dan sen.

Fungsi tanda pisah (-)
Menggantikan perkataan 'hingga'. Sebelum dan selepas tanda (-) perlu dilangkau.
 Fungsi tanda sempang (-)
Menunjukkan kata ganda. Contohnya: rakan-rakan, gunung-ganang, lauk-pauk dan sebagainya.

Fungsi tanda elipsis (...)
Menandakan hentian sebentar. Tidak boleh lebih daripada tiga (3) tanda noktah.

Fungsi tanda titik bertindih (:)
Subjudul daripada judul utama. Contohnya: Epidemik T: Manusia Makin Pupus
Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. Contohnya: Surah al-Baqarah 2:29 (bermaksud surah 2, ayat 29)
Menunjukkan nisbah.

Fungsi tanda koma bertitik (;)
Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam satu ayat.

Fungsi tanda soal (?)
Untuk menyatakan soalan.

Fungsi tanda seru (!)
Penegasan.
Menjerit.

Fungsi tanda petik (" ")
Dialog.

Fungsi tanda petik tunggal (' ')
Untuk judul.
Ayat atau perkataan yang dirujuk.
Ayat atau perkataan yang mempunyai dua makna (menyindir)

Contoh kesalahan tanda baca dalam ayat:
Dia sekadar memandangku. Mengamatiku dengan tajam.
" Saya dah katakan pada awak. Jadi jangan ganggu saya! "
Oleh sebab itu Faizah tidak mahu bertandang ke rumah Johan lagi.
"Hai Abang Leman."
Dia conteng kereta saya...?? Lelaki itu sudah melampau!!!!
"Hmm..., saya ada hal nak beritahu awak."
"Datin saya datang ni sebab nak jumpa dengan Hisham."
Mata Jamilah terbeliak apabila mendengar rahsia Dila . Sungguh tidak disangka !
"Tak payahlah Kamil. Aku boleh balik sendiri dengan adik aku Fuad."
Habis baju - bajunya bersepah dikerjakan kakaknya yang mengamuk.
"Apa??? Dia tu dah gila ke???"
Alhamdulillah....... akhirnya Yati sampai ke tempat yang dituju.
"Wah! Sedapnya kek ni."

Nana ketawa kecil.Lucu kata-kata Zamri tadi.
"Berapa hari dia bercuti."
Aku memandang wajahnya... dengan pandangan tajam...
"Man. Kawan kau tunggu kat luar tu.."
Dadaku berdebar-debar...fikiranku pula runsing.
"Jangan berlagak. Pergilah balik. "
"Mana pergi semua orang ni ? Sejak tadi tidak nampak sesiapa di sini..,"
* Kesalahan tanda baca ditanda dengan garisan.

'Aku' ialah kata ganti diri pertama. 'Ku' pula kata ganti singkat untuk 'aku'.
Persoalannya, adakah perkataan 'ku' dijarakkan dari perkataan lain sepertimana perkataan 'aku'?

Jawapannya:
A. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA KERJA. Contohnya:
kuberi
kutolak
kubaca
kuserah
kucari
kucerita
kusentuh
kumohon
kubonceng
kubawa
B. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN jika diikuti oleh BUKAN KATA KERJA. Contohnya:
ku agak
ku biar
ku yakin
ku bahagia
ku ingin
ku lupa
ku mahu
ku cinta
ku rindu
ku ikhlas

C. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA SIFAT yang berimbuhan 'i' dan 'kan'. Contohnya:
kuingini
kuingati
kurindui
kucintai
kuyakini
kumahukan
kulupakan
kuragukan
kusukakan
kurasakan

D. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN dengan perkataan sebelumnya jika bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
hatiku
cintaku
milikku
duniaku
harapanku
keyakinanku
untukku
tanggungjawabku
perasaanku
ibuku
E. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN dengan perkataan sebelumnya jika bukan bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
biar ku
ingin ku
langsung ku
mungkin ku
hingga ku
dapat ku
terus ku
seketika ku
sukar ku
boleh ku
 NOTA:
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ganti diri 'kau' juga sama prinsipnya seperti 'ku' kerana merupakan kata ganti singkat untuk 'engkau'. Namun, GBK ada house style tersendiri yang membiarkan perkataan 'kau' dijarakkan dengan mana-mana perkataan sama ada sebelum atau selepasnya.

Izza Aripin

Kata Sendi Nama 'di' dijarakkan apabila digunakan utk menyatakan tempat dan arah. Cth: Ejan sedang duduk termenung DI pinggir sungai

 tetapi tdk boleh digunakan utk MASA dan WAKTU. Cth: Di waktu hatinya sedang marah (SALAH). Pada waktu hatinya sedang marah (BETUL)

Aku simpan semua teguran,.aku copy & paste semua maklumat,.tak apakan belajar dari kesilapan,.sebelum ni aku main tulis tanpa mengambil kira kesalahan ejaan dan sebagainya.Sekarang baru aku tahu tersalah SATU PERKATAAN kita pasti akan dihentam.

INGAT!!!!
Jangan buat kesilapan yg sama
berulangkali
Ingatan ini khas untuk diri sendiri
hihihi,..




Jumaat, 27 Disember 2013

Kenangan mengamit memori bersama ADILA di Radio Klasik



 Apa ada pada kenangan? Padaku kenangan memberi seribu erti dalam memulakan sebuah kisah.Keluarga kami dulu selalu berpindah randah.Aku tak tahu penyebabnya,yang aku tahu emak dan ayahku bertemu jodoh di Kampung Megat Dewa Jitra,Kedah.Kami kemudiannya berpindah pula ke Kampung Rambai di Tokai Kedah,dari Tokai berpindah lagi ke Kampung Beda Siam,Sedaka Yan Kedah.Aku anak ke lapan juga merupakan anak bongsu dilahirkan di Kampung Paya Mengkuang di Gurun Kedah.Ketika umur aku 5 atau 6 tahun kami berpindah lagi ke Kampung Sungai Kerang di Teluk Intan Perak.

                Aku mula menjejakkan kaki di alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi,Teluk Intan Perak.Tahun 1982 mak aku meninggal kerana mengidap barah.Aku tak pasti barah apa kerana ketika itu aku baru berusia 7 tahun.Yang tak dapat aku lupa bila melihat jenazah mak yang sudah kaku.Perut mak ada tanda hijau kebiruan.Kakak aku cakap barah mak sudah pecah dan menyebabkan kematian mak.Ya Allah!,tentu mak sangat terseksa melawan kesakitannya sebelum ini.Mak seorang wanita yang sangat tabah.Aku tak pernah pun mendengar mak merungut.Entahlah,aku masih terlalu kecil ketika itu untuk memahami erti sebuah kehidupan.

                  Selepas mak meninggal ayah kahwin lagi.Mak tiri aku nama mak Bedah.Dia bawa dua orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan.Mak tiri mungkin tak pernah mendera kami tapi aku dan anak perempuan mak tiri aku selalu bergaduh.Tali pun boleh menjadi punca kami bergaduh.Kami sama umur.Masing-masing baru berusia 7 tahun.Bila aku ingat balik terasa lucu pulak.Betapa bodohnya bila difikirkan balik.Inilah kenangan yang takkan mungkin berulang kembali.

                 Hujung tahun 1982 ayah menghantar aku untuk tinggal di rumah salah seorang kakakku di Yan Kedah.Biar pun di sini bukan kampung kelahiranku aku boleh diibaratkan seperti orang balik kampung halaman.Tak jauh sangat kot Yan dengan Gurun tempat kelahiranku.Kakakku yang ini mempunyai dua orang anak lelaki.Kami kadang-kadang ibarat musuh.Kalau bab bergaduh usah cakaplah,selalu sangat dan selalunya akulah mangsa yang akan kalah.Menangis saja kerja aku.Dah nasib badan!

                    Tahun 1992,aku sudah berada di tingkatan lima.Sebelum mengambil peperiksaan SPM sekolah aku mengadakan Kursus Kecemerlangan Pelajar untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5.Aku salah seorang dari pelajar yang menyertainya.Sekolah Menengah Yan namanya ketika itu,meninggalkan banyak memori zaman remaja untukku.Tiga hari dua malam Kursus ini berlangsung.Bermacam-macam dugaan yang aku tempuhi sepanjang tiga hari tinggal di sekolah.Yang paling tak boleh aku lupa bila penyelia kami Encik Shaharom memperkenalkan diri.Aku mempunyai kawan baik yang juga bernama Shaharom yang turut berada dalam kumpulan kami.Aku tersenyum memerhatikan wajah kelat Shaharom ketika Encik Shaharom memperkenalkan diri.Nama yang sama tapi berlainan jantina.Rindu pula aku pada kawan baikku itu.

              Ketika kami disoal seorang demi seorang apa cita-cita kami,aku memberitahu aku ingin menjadi penulis.Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti kenapa jawapan itu yang aku beri.Sejak sekolah rendah cita-citaku hanya untuk menjadi guru.Macam mana pula boleh berubah arah dalam sekelip mata.Hailah mulut!,.ikut sedap jer nak keluar.

             ''Tak apa saya akan ikuti perkembangan kamu semua,'' encik Shaharom memberitahu kami.Aku hanya membisu.Mampukah aku menjadi seorang penulis? Aku bertanya di dalam hati.

               Selepas peperiksaan SPM aku bekerja di kedai makan di Simpang Empat Kangkong,Alor Setar Kedah hinggalah keluar keputusan SPM.Nasib ternyata tak memihak padaku selepas mengambil keputusan SPM.Aku mendapat keputusan yang agak mengecewakan,namun aku masih menerima surat untuk melanjutkan pelajaran.Nak melanjutkan pelajaran memang jauh panggang dari api.Abang ipar aku tak mampu untuk terus menyekolahkan aku.Ketika aku ambil SRP sebelum ni pun aku sudah tidak dibenarkan naik ke tingkatan 4,walaupun keputusan SRP aku agak memuaskan.Aku yang berdegil dan menangis untuk naik ke tingkatan 4 jugak lalu
terus menyambung hingga tingkatan 5.

                  Tahun 1993,aku mula bekerja di kilang Sony Mega.Aku ditempatkan di asrama Teratak Mega,Taman Alma Jaya 2,Bukit Mertajam.Asrama ni ada 4 blok.Setiap blok ada 7 buah rumah yang bersambung dan setiap rumah ada 6 bilik.Sebuah bilik ada 4 orang.Ini bermakna sebuah rumah ada 24 orang yang datang dari perbagai negeri.Ada yang datang dari Kedah,Pahang,Perak,Kelantan,Terengganu.Memang meriah sangat dengan pelbagai loghat.Kalau satu Malaysia dah berkumpul dalam sebuah rumah beginilah jadinya.

            Aku ditempatkan di rumah B6.Ketika mula bekerja aku sebilik dengan pekerja lain yang berasal dari Kedah,hinggalah masa terus berlalu dan rakan-rakan sebilik pun silih berganti.Tiga tahun aku bekerja sampailah masanya aku menamatkan zaman bujangku.Aku bertunang dalam usia 19 tahun dengan pemuda sekampung yang berusia 28 tahun.Kami bernikah pada 23 oktober 1995 ketika aku berusia 20 tahun.Ini bermakna kami bertunang setahun.

             Selepas mendapat status sebagai isteri aku terus berhenti kerja.Aku pulang dan tinggal di kampung sedangkan suami aku masih tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawannya di Sungai Petani.Lapan bulan juga kami hidup terpisah.Suamiku hanya akan pulang seminggu atau dua minggu sekali untuk berjumpa denganku.Bila aku masih belum ada tanda-tanda untuk mengandung sudah terdengar usikan-usikan dari orang kampung yang mengatakan aku 'kemuruk'.Aku hanya membisu tanpa kata.Sesungguhnya selagi manusia mampu bersuara mereka akan terus menilai orang sesuka hati.Biarkanlah mereka! Aku pujuk diri sendiri.

               Masa terus berlalu,aku akhirnya disahkan mengandung anak sulung,namun Allah terus menguji kami.Empat bulan kandunganku aku keguguran.Tiga bulan seterusnya aku mengandung lagi.Bahagia tak terkata bila kandunganku kali ini selamat dilahirkan pada 22 oktober 1997,sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2.Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan yang paling bermakna dalam hidup kami kerana dia merupakan satu-satunya zuriat kami yang hidup di dunia ini.Selepas kelahiran anak perempuan kami ini aku keguguran terus.Keguguran yang terakhir pada bulan febuari 2012.Keguguran kali yang ke 11.Namun begitu disebalik keguguran aku ada juga orang kampung yang tergamak  mengatakan aku ini mandul.Aku maafkan orang itu kerana dia mungkin tak tahu apa maksud mandul yang sebenarnya.

             Tahun 2013,aku mula mengorak langkah untuk meneruskan cita-citaku yang tidak sengaja aku ungkapkan.Cita-citaku untuk menjadi seorang penulis.Aku mula membuka blog pada 14 februari 2013.Aku mula updatekan karyaku yang tidak seberapa diblogku.Aku mula berjinak dengan cerpen dan novel.Aku juga menulis puisi dan pantun.Inilah duniaku selepas aku diuji dan terus diuji dengan pelbagai dugaan.Walaupun penat dan lelah menempuhi segala onak dan duri aku tak mahu terus mengalah dengan mudah.Insyaa Allah selagi aku terus bernafas aku akan kejar impian yang baru ku semai ini menjadi reality.Tolong doakan aku untuk terus menaiki tangga kejayaan hingga ke puncaknya.Aku baru menyemai benih kejayaan ini,mudahan takkan ada musibah yang akan meranapkannya hingga hasilnya sudah berjaya ku tuai.Aamin.

                Kita tidak pernah menduga apa yang bakal kita hadapi di hari muka.Bagi aku pahit dan manis kehidupanku yang telah aku tempuh dulu kini menjadi sumber inspirasiku untuk menulis.Aku adukkan setiap karyaku antara realiti dan imaginasi.Jangan merungut jika diuji kerana kenangan itu akan jadi lebih beerti bila kita mengingatinya lagi.Aku dan kenangan akan terus aku abadikan dalam mindaku,andainya perlu akanku lakarkan ia menjadi sebuah kisah.Biar masa terus berlalu namun jejak langkah yang kita tinggalkan jangan terus kita padam semuanya.Barangkali ada diantaranya yang akan berguna untuk kita menuju puncak jaya.


Selasa, 3 Disember 2013

Komen-komen untuk Cerpen Ukiran Cinta Di Sudut Hati Di Penulisan2u

Kadang-kadang kita tak sangka pun sesuatu yg kita ingat biasa2 tp luar biasa untuk orang lain,.kalau tak percaya jom baca komen2 untuk kisah cinta orang miskin Szaza dengan Haris ni,.tapi rasanya ada lagi dua komen yg mls nak salin,.heee,,

23.11.2013        9.11am      
Tarikh diterbitkan 14.11.2013
Jumlah Bacaan 9,253

1.Nur_Ain says:Best,.kelakar sangat cerita ni,sakit perut ketawa,.Good job writer :D
2.Anymous says: Hahaa,.serius lawak!!! Tak berhenti gelak sampai kakak aku tegur,.''Apa yg lawak sangat tu?'' keep it up.Thumb up to u.Best.
3.Es says: Tahniah cik writer! Antara semua cerpen2 yg sy baca baru2 ini cerpen awklah yg tak ada title anak datolah,anak tan srilah,.anak org kayalah,..mmg betul2 real,.Tahniah sy ucapkan kerana berani mengungkapkan 'kerealitian' itu.
4.momo says; sgt2 comey cik writer,.cerpen ni tak membosankan,.teruskan usaha anda.
5.veth says; aww,.so the bery best,.i setuju la dengan statement ''ES'' di atas bahawa cerpen ni lain dari yg lain,takde watak org2 kaya,sekali sekala para writer buat cerpen mcm ni kan best,.tapi watak szaza tu memang sempoi gila,.boleh pulak tya soalan bonus dengan cik abg dia,..hahaha,..
6.obat penyakit jantung says; kisah yg cukup menarik kita dpt belajar dari cerita ni.
7.wiendha says;i'm indonesian but i like short story melayu very much,.banyak sudah sy baca cerpen2 melayu,baru kali ni baca cerpen yg seru dan seperti benar2 nyata dan membuat tergelak kerana kelucuan/lawakan pelakonnya.,juga ceritanya bagus banget,sy tak menemukan brg berbranded dicerita ini,.memasyarakat banget,.yg cerita ini bnyk terjadi di sekitar kita,.dgn kesederhanaan kehidupan cerita ini ada sesuatu yg lain,.mendidik banget dan pesan moralnya nampak,.selamat to writer,teruslah berkarya yg lain dari yg lain,.sukses selalu.
8.HaPpYaD says; best
9.hani says; Menarik,.ada lucunya,.best
10.kim ismail say; nice
11.halsey says; haha,.best sgt,.paling best kat part katil tu,.lawak gler!,.hahaha,.good job  writer,.pantun tu mmg terbaik ar,.
12.h-zinnirah says; Sebuah komen tanda kita dihargai dan penat lelah menaip,.memerah otak n mencuri masa,..rasa berbaloi.Jadi sy sudi mengomel di sini sbb sy nak penulis rasa mmg berbaloi masa yg dicuri itu.All the best! Keep it up!
13.syafiqa says; best,..;) Semoga terus berkarya..
14.nur hanisya says; Terbaik laa,.x boley tahan gelak,..SWEET sgt..:D
15.eya says; bce cerpen awk x brhenti tersenyum..dr mula dah lawak!,.lawak+sweet! I like! ''harta bukan nilai cinta tetapi hati merupakan nilai cinta sebenar'' perkara inilah yg dapat sy pelajari dr cerpen ini..teruskan berkarya dan menghiburkan pembaca!
16.alg says;haha,.cerita yg santai.
17.nisfa says; Tak boleh stop sengeh,.ngee,..
18.afinas says; comel..sweet sgt..saya suka.
19.ika_Nabihah says; i think you guys,the commentator,should dig p2u more deeply,because there are many cerpen that don't use dato,tan sri,etc,.such as cerpen from syamnuriezmil,rehan makhtar,ic,etc.

P/S: TQVM untuk pembaca setia saya,.YOU ALL THE BEST!!