Sejak sekolah aku suka sangat membaca,tak kiralah apa saja bahan bacaan aku akan baca.Di sekolah dulu aku suka sangat baca buku misteri dan siri penyiasatan,..hahaha,..angan-anganku kononnya nak jadi polis,..lawak betul,walhal aku ni bukannya cerdas sangat pun,..hurm,..masuk zaman remaja masih lagi minat membaca tapi kali ni tentulah membaca novel.Berubah dari zaman ke zaman,minat aku dalam membaca pun semakin meluas.Aku berkalih pula pada buku-buku motivasi.Buku Dr Tuah jadi pilihan.Alhamdulillah semua buku Dr Tuah memberi aku sesuatu yang amat berguna.Dari buku Membina Imaginasi Cemerlang aku berjaya memburu Impian baru,dari membaca aku minat menulis pula.Aku mula berjinak pula dalam bidang penulisan.Bermula di radio KedahFM.Sekarang menulis pula dalam Facebook,..atas sokongan dan dorongan rakan-rakan fb aku menanam nekad untuk terus menulis.Terima Kasih pada mereka yang telah memberi keyakinan padaku untuk terus menulis walau aku sendiri tidak yakin adakah aku mampu mengapai impian itu.In Sya ALLAH,..mudahan hasrat aku itu tercapai.
Cukuplah untuk percubaan pertama ini.Sampai ke temu lagi,..hahah:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.