Gunung Jerai,.

Gunung Jerai,.
Hanya boleh dipandang dari jauh namun mustahil untuk milikinya.

Khamis, 21 Februari 2013

TERSENTAP!!!



IMPIAN YANG SATU mampukah ku gapai kalau begini banyak dugaan yang terpaksa aku depani.Tersentap sudah!,..apa lagi nak  di kata hanya terima dengan hati terbuka.Mereka bukan aku untuk memahami apa mahuku.Mereka bukan aku untuk menyelami hatiku.Mereka berkata mengikut apa yang mereka rasa tapi mereka tak fikir apa yang aku akan rasa.Dimanakah keadilannya ini?
.
Ada HIKMAHNYA!,..Ku pujuk hati sendiri dan ku ingatkan pada jiwa dugaan itu ada di mana-mana.
Sentiasa Ingat!,..mungkin aku banyak dosa kerana itulah ujian ini datang lagi dan mencuri tumpuanku untuk    hidup bahagia.Sekali sekala hidup mesti di hiasi dengan rasa derita.




Aku masih Menaruh Harapan pada IMPIAN YANG SATU ini biar pun aku terpaksa bawa diri pada kehidupanku sekarang.Kenapa orang tidak mahu memahami.Kenapa tak biarkan aku jalani hidupku sendiri.Berilah aku peluang untuk menjadi diri aku sendiri.Aku tahu aku tidak punya apa-apa untuk di banggakan tapi aku tidak pernah menganggu kehidupan orang lain.




Biarlah segalanya berlalu takkan ku hiraukan lagi biar hati terguris luka.Akan ku pekakkan telinga dan ku pejamkan mata agar apa yang di kata mampu ku lupakan begitu saja.Biar aku disakiti berulang kali tapi aku tetap akan berdiri dan terus kebal dalam menghadapi apa saja situasi demi impianku yang satu.





Khamis, 14 Februari 2013

Impian yang satu,.

Sejak sekolah aku suka sangat membaca,tak kiralah apa saja bahan bacaan aku akan baca.Di sekolah dulu aku suka sangat baca buku misteri dan siri penyiasatan,..hahaha,..angan-anganku kononnya nak jadi polis,..lawak betul,walhal aku ni bukannya cerdas sangat pun,..hurm,..masuk zaman remaja masih lagi minat membaca tapi kali ni tentulah membaca novel.Berubah dari zaman ke zaman,minat aku dalam membaca pun semakin meluas.Aku berkalih pula pada buku-buku motivasi.Buku Dr Tuah jadi pilihan.Alhamdulillah semua buku Dr Tuah memberi aku sesuatu yang amat berguna.Dari buku Membina Imaginasi Cemerlang aku berjaya memburu Impian baru,dari membaca aku minat menulis pula.Aku mula berjinak pula dalam bidang penulisan.Bermula di radio KedahFM.Sekarang menulis pula dalam Facebook,..atas sokongan dan dorongan rakan-rakan fb aku menanam nekad untuk terus menulis.Terima Kasih pada mereka yang telah memberi keyakinan padaku untuk terus menulis walau aku sendiri tidak yakin adakah aku mampu mengapai impian itu.In Sya ALLAH,..mudahan hasrat aku itu tercapai.

Cukuplah untuk percubaan pertama ini.Sampai ke temu lagi,..hahah:)