Bila ada netbook aku rasa lega,.nasib baik ada line KTW,.masa tu free,.tak payah bayor tapi bulan seterusnya kena topup kat CC Jalur Lebar,.tak mahal cuma rm10.00 sebulan tapi belum sempat aku nak bertatih untuk berkarya skrin netbook pecah gara-gara si kecil.Bila tanya di CC kos skrin baru dia cakap rm350.00,.fuhh setahun aku hidup tanpa netbook,.memang tak mampu time tu,.masa tu tengah siapkan cerpen Siti Musliha.
Aku mula membeli HP baru,.HP nokia,.boleh buka tnet,.melalui Mini Opera aku boleh share satu status 5000 perkataan,.Hp ni banyak berbakti pada aku,.aku post cerpen ke FB dengan HP ni,.bermula dengan Suami Yang Cool,Jatuh!,.Langgar,.Cinta!,Aku Untuk Dia,Mat Saleh Tapi Melayu,Berseminya Cinta Di Hati,Hatiku pernah kau Miliki,Cinta Edyza,Ejan Mas Sayang,SN & SM Setia Selamanya.Aku sambung sikit demi sikit.Entahlah!,.begitu sekali aku giler untuk berkarya,.dan tak pernah ada erti putus asa.Bila HP yang banyak berbakti pada aku tu dikencingkan anak aku time ni memang aku down.Stress memanjang.My hubby pun mula memahami keadaan aku lantas dia korbankan juga rm350.00,.hehe,..yesss!!,.aku kembali bersemangat semula.
Bila netbook dah 'sihat' dan berwajah baru aku mula berkarya kembali.Kali ini semakin aktif.Demi menghantar karyaku ke Penulisan2u aku buka blog ni,.dua tiga bulan jugak aku dok ajak bos pi CC untuk buka blog sebab kami tak tahu apa-apa pasal blog.Namun my hubby asyik menagguh atau kadang -kadang aku yang malas nak keluar rumah.Aku sudah tidak mampu bersabar.Aku cari cara-cara membuka blog dari You Tube,.akhirnya dengan usaha sendiri dan dengan akal yang Allah beri aku belajar sikit demi sikit tentang dunia blog.Percaya ke tidak aku lagi terror berblog berbanding my doter & My hubby.Dua orang cikgu aku yang mengajar aku berkenalan dengan komputer dan Internet pula perlu belajar dengan aku tentang dunia blog,.hihi,.sat-sat,. nak masuk lift tekan sendiri,.kehkeh,.
Kisah yang seterusnya bila netbook mula buat hal,.sampai ke hari ini aku masih mengunakan on-screen keyboard.My doter nak komen dlm Fb dengan 2-3 patah perkataan pun dah merungut lambat tapi bagi aku tiada istilah putus asa demi mencapai Impian Yang Satu.Baru kemarin aku mula berjinak dengan iklan dalam blog.Selepas aku join Nuffnang,.eh macam mana nak mention nama orang dalam blog??
http://www.nuffnang.com.my/ |
aku join Nuffnang ni sebab nak dapatkan duit poket sendiri sebab nak beli netbook sendiri dan kalau boleh nak cetak sendiri cerpen atau novel aku untuk dijadikan koleksi peribadi.Aku akan terus bersabar untuk impian Yang SATU ini.InsyaAllah selama nyawa free yang Allah bagi kat aku ni DIA tak ambil balik,.
Inilahh kisah aku dan aku akan terus belajar apa yang aku ingin tahu,.
TERIMA KASIH untuk yang sudi singgah dan sudi baca ENTRY ni,.